Kata orang tak kenal maka tak cinta. semalam bersama Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) Perak mengadakan lawatan ke Pusat Pelancongan Kuala Sungai Woh. dekat Tapah.
Cantik sungguh alam semula jadinya, rugi siapa yang tidak ke sana bercuti, berehat dan bersantai. Jawatankuasa merasakan ada baiknya tempat itu dijadikan Kampung Budaya. Banyak produk Orang Asli yang kebetulan ramai tinggal di sana boleh dimajukan.
Sepanjang lawatan tersebut PAC amat berpuas hati dan berharap Pusat tersebut bukan sahaja menjadi daya tarikan pelancong, tetapi juga sebagai sumber pendapatan rakyat dan Negara.
6 comments:
bagi la alamat penuh, boleh cuti2 msia di sini.
klose
pusat perlancongan kuala woh dekat janakuasa tnb menuju ke cameron highland daripada tapah.
bila nak bagi depa tebang balak kat situ...bagi la kat mana2 exco..ala macam kut kampung kita, kut jelai, kut ijuk kut Pbesar...
,ml,l
YMDS,
Assalamualaikum,
Pemandangan yang menarik ini menggamit saya ke sana.
Jagalah alam semula jadi disekitarnya.
Saya berdoa muga ramai lagi orang yang menyayangi alam sekitar.
YMDS,
Jika YMDS merentas dari Bukit Mengkuang/ Bukit Beras hingga ke Bukit Bubu ada 8 anak sungai (spti ulu Sg Seputih, Sg Teras, S. Beras) dengan air terjun (mudah mudik) yang lebih cantik daripada di Tapah tapi sejak Dato Hj. Hussein lagi belum pernah diterokai kerana kita belum dapat ilham dari Tapah atau SI PISO PISO.
Cuba YMDS lobby untuk mendapatkan bantuan bagi menjadikan tempat ini lebih cantik daripada di Tapah.
Saya tidak lihat kawasan ADUN Kubu Gajah mendapat manfaat daripada koridor utara.
Jalan yang telah kita buat dan akan buat sudah saya lalui sebelum koridor utara dirancang. Begitu juga kawasan peliharaan kambing tidak berkembang setelah pilihan koridor utara di maktubkan yang lalu.
Koridor utara lebih mementingkan pelancongan, modal insan (tapi universiti hendak diperluaskan di Pagoh dan Bagan Datok). Nampaknya kabel YMDS tidak kuat.
Sekian pendapat saya YMDS.
TQ
Post a Comment