Template by:
Free Blog Templates

2 July 2010

Meriah Berita Harian sambut Ulang Tahun 53nya


Tahniah diucapkan kepada Akhbar Berita Harian yang telah menyambut Hari Ulangtahunnya yang ke 53 semalam.


Berita Harian semakin jauh maju ke hadapan dan menjadi minat ramai pembaca. Kebetulan usianya sama dengan Negara menyambut Hari Ulang tahun Kemerdekaan ke 53 bulan Ogos akan datang.


Tahniah kepada Datuk Meor Kamarul Shahid, Pengarang Berita Harian diatas sambutan tersebut yang cukup meriah yang dihadari ramai bekas Pegawai dan kakitangan termasuk jemputan,


Saya turut ambil kesempatan menerima undangan peribadi daripada Meor untuk hadir ke majlis yang diadakan semalam daripada jam 2 hingga 6 petang.


Saya sempat bertemu dengan mantan Pengarang Berita Harian seperti Datuk A.Kadir Jasin, Datuk Rejal Arbee, Datuk Ahmad Nazri Abdullah dan Datuk Manja Ismail, yang kini mengetuai Stesyen TV Swasta 7, 8 dan 9.


Saya juga sempat melawat bahagian Sukan Berita Harian dibawah Pengarang barunya V. Ashok dan Penolongnya Zairi.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

YMDS mempunyai ramai kawan di Berita Harian.

Kalau boleh nasihatkan mereka jangan melaporkan tentang tafsiran dan laporan orang yang ketiga (orang yang mendengar kejadian tapi bukan yang melihat kejadian).

Jika YMDS menerima jemputan gunakan kesempatan ini untuk memajukan tempat YMDS (secara tidak langsung)kerana berita luar bandar jarang dimasukkan, misalnya lebih 800 aduan kera merosakkan tanaman tidak mendapat liputan tapi seekor gajah naik minyak selalu mendapat liputan. Berita golongan orang menengah selalu mendapat perhatian.

Sekian untuk makluman YMDS.