Template by:
Free Blog Templates

7 July 2010

Loji Tapis Air Keruh Hampir Siap





Selepas menerima aduan mengenai air pail yang keruh di beberapa Kampung di DUN Kubu Gajah, petang semalam Saya melawat loji penapis yang sedang dibina di Sungai Jernih, berdekatan dengan Air Terjun Titi Satu.


Projek tersebut yang dalam perlaksanaan sejak pertengahan tahun lalu, dijadualkan siap hujung tahun ini.


Projek tersebut akan memberi faedah kepada pengguna seperti di Felda, Sungai Dendang, RTBK dan Kubu Gajah, kata Mohd Junid Harun, Ketua Pusat Operasi Lembaga Air Perak (LAP) Daerah Kecil Selama yang turut sama dalam lawatan tersebut.


Konsep loji jenis itu adalah yang pertama dibina di Mukim Ijok.


Rancangan Tanah Felda Ijok dan RTBK adalah dua kawasan yang sering mengalami masalah air keruh.

2 comments:

jebat said...

YBMDS,
Assalamualaikum,

TAHNIAH !!
Akhirnya akan selesai juga masalah AIR KERIH disana.

Begitulah hendaknya sesuatu masalah itu dihadapi. Sikap kesungguhan dan tak putus asa akan mendatangkan hasil juga akhirnya.

Satu lagi saya pesan kepada YBMDS supaya sentiasa ingat sikap orang yang bermuka muka (munafiq) Orang munafiq ini lebeh merbahaya daripada musuh yang nyata.

TERUSKAN !! Muga ALLAH bersama YBMDS.

Ikhlas dari - JEBAT

Anonymous said...

YMDS,

Jika YMDS ada rumah di Kubu Gajah sudah tentu YMDS mengalami banyak perkara seperti ini. Apabila buka paip waktu pagi air didapati keroh. Tak payah turun padang pun sudah sedia maklum. Begitu juga jika basikal YMDS hilang. Masalah sebebini tak payah turun padang jika YMDS ada rumah di Kubu Gajah. Lagi pun kami tak rasa sunyi.

Orang turun pedang ini amat penting bagi orang seperti EXCO kerana rumah mereka ada yang di Ipoh.

Saya tak payah turun padang. Sebulan yang lalu ketul getah saya dicuri.

Kesimpulanya saya mengalami sendiri masalah Kubu Gajah. Saya tak payah tengok orang lain kena curi.

Nak report ke Polis pun tak guna.
Mereka hanya mahu berjalan di jalan yang ada tar tapi yang di jalan tanah kuning saya tak pernah jumpa mereka. Lagi pun mereka pakai uniform dan pencuri datang semasa sembahyang Jumaat. Kalau pakai uniform sudah tentu pencuri cabut apabila melihat mereka kerana lorong tikus sangat banyak di kawasan kelapa sawit.

Sekian untuk makluman YMDS.