Template by:
Free Blog Templates

15 December 2011

Baiki Rumah




Masih ramai yang penduduk yang memerlukan bantuan untuk baiki rumah mereka yang sudah uzur.

Begitupun, oleh kerana peruntukan yang begitu terhad, bantuan itu diberikan mengikut keutamaan yang telah dikemukan oleh Ketua Kampung dan juga pemimpin tempatan.

Namun, bilangan mereka yang telah menerima bantuan tersebut agak banyak juga yang telah dilaksanakan oleh agensi Kerajaan.

Hanya mereka yang layak mendapat bantuan baiki rumah yang akan diberikan kemudahan tersebut.

Pada masa ini, program membaiki rumah rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah sedang giat dilaksanankan.

Tengaharai tadi, Saya sempat melawat salah sebuah rumah, Zakaria Hussein, 56 tahun di Kampung Bendang Luas yang sedang dibaiki dan akan siap tidak beberapa hati lagi.

Turut hadir ialah Ketua UMNO Cawangan Bendang Luas, Mohd Rosli Shamsuddin dan beberapa orang Jawatankuasanya.

0 comments: