Template by:
Free Blog Templates

27 December 2011

Lopak



Ketika meninjau jalan kampung di Sungai Jernih yang rosak akibat hujan lebat dan sering menyulitkan pengguna.

Saya berharap perlaksanaan projek ini dapat dipercepatkan memandangkan penting bagi penduduk berkenaan kerana ia adalah satu-satunya perhubungan utama di situ.

Jalan tersebut perlu dibaiki bagi menggelakan kesulitan penduduk termasuk pelajar sekolah di musim hujan.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Yang penting hanya 10 batu kecil. Saya beli dekat Kulim agak murah.

Tapi jaga2 kalau tender kerajaan ia akan mencecah berlipat ganda.

Sebab itulak YMDS mesti turun padang untuk meninjau harga2

Begitu juga beli pasir. Ada yang jual $120 selori dan ada yang $160. Kalau 10 lori hanya dikehendaki $1,200.00.

Kami beli pasir sendiri tak payah minta bantu kerajaan jika hanya $1,200.00.

Bayangkan mereka yang ada kebun kelapa sawit boleh dapat $3,000, 6/8 ekar tak bolehkah derma 10 lori pasir atau batu.

Tapi orang IPOH jual pasir tempat kita pun action sangat. Cuba YMDS turun padang buat2 beli pasir. Apa yang mereka kata? Turun padanglah YMDS, bukan hanya tanya JKKK untuk menumpat lopak2. JKKK ni tadak tahu menahu di mana hendak beli batu dan pasir lebih murah. Mereka pun macam asyik perpolitik sahaja,

Baru2 ini FELCRA baru bermesyuarat. Bila mereka nak bina kedai di FELCRA Tebing Tinggi supaya ia naik taraf. Harga sawit tetap $580/ setan. Cuba kali dengan tiga tan 40 hari dua kali.

YMDS hendaklah turun padang tanya harga kelapa sawit dan getah. Mereka mahu melesen getah tapi bukan bertujuan untuk menangkap pencuri seperti penjual kelapa sawit. Masih ramai menjual 1/2
guni sekali tapi kita tidak tahu lesen siapa yang mereka gunakan.

Inilah masalah ADUN Kubu Gajah