Template by:
Free Blog Templates

8 December 2011

Titi Roboh




Hujan yang turun agak lebat petang tadi, tidak menghalang hasrat Saya untuk meninjau kerja-kerja menggantikan Titi Gantung Cerok Salak dalam di Sunga Jernih di Ulu Ijok yang roboh akibat banjir baru-baru ini.

Sebanyak RM 25,000 telah diperolehi daripada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bagi memperbaiki titi gantung tersebut yang merupakan satu-satunya perhubungan penduduk kampung Cerok Salak dalam.

Permohonan itu Saya ajukan sebaik berlakunya keruntuhan titi gantung berkenaan selepas Saya melakukan lawatan ke situ baru-baru ini.

Tinjauan Saya itu selaku ADUN Kubu Gajah adalah bagi mempastikan kerja-kerja perlaksanaan projek tersebut berjalan mengikut jadual dan spekfikasi yang telah ditetapkan.

Masyarakat di situ kini boleh menarik nafas lega selepas diberitahu kerja-kerja memperbaiki titi gantung berkenaan sedang dilakukan dan diharap tidak terjejas akibat hujan yang sering turun sejak akhir-akhir ini.

Penduduk-Penduduk di Cerok Salak dan sekitarnya amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri diatas keperihatinannya untuk segera memperbaiki projek tersebut.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Sungai Jernih, Jamaluddin Mat Isa, yang juga Ketua UMNO Cawangan.

0 comments: