Template by:
Free Blog Templates

15 December 2011

Menemui Orang ramai







Seperti biasa, Saya akan menemui orang ramai tidak kira di mana termauk di gerai makan di Pekan Ijok.

Mereka begitu selesa dapat berjumpa dan berbincang dengan Saya mengenai pelbagai isu, terutama mengenai permohonan bantuan 1M sebanyak RM 500.

Berdasarkan laporan, ribuan rakyat yang berpusu-pusu datang ke Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat dan Pejabat Penghulu serta Daerah bagi mendapatkan borang tersebut.

Borang yang diedarkan percuma itu perlu dikembalikan semula ke Pejabat Hasil Dalam Negeri yang terdekat bagi diproses.

Bantuan akan mula diagih-agihkan awal tahun depan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima.

Pusat Khidmat DUN Kubu Gajah juga menjadi tumpuan orangramai yang ingin mendapatkan borang dan menyerahkan borang yang telah diisi.

Pada pertemuan itu, ramai juga Ketua Kampung yang turut hadir bersama dengan anak buiah mereka bagi membantu menyelesaikan masalah.

0 comments: