Template by:
Free Blog Templates

9 December 2011

Jalan Bagan Kerbau



Jabatan Kerja Raya (JKR) digesa agar segera melaksanakan jalan tar sepanjang 20 rantai di Kampung Bagan Kerbau, dekat Kampung Teras yang telah sekian lama terbiar.

JKR dikatakan telah beberapa kali datang membuat pemeriksaan keatas jalan ke Kampung berkenaan, tetapi hingga ke hari ini, tiada sebarang tanda yang jalan itu akan dilaksanakan.

Penduduk yang tinggal di Kampung berkenaan berharap jalan tar itu segera dibina kerana itu sahajalah perhubungan mereka.

Saya telah membuat lawatan untuk meninjau keadaan jalan tersebut yang terletak betul-betul di tepi jalan baru Jalan Kampung Teras, Kampung Mesjid dan Ulu Mengkuang.

Saya membawa perkara ini ke pengetahuan pihak berkenaan dalam Mesyuarat Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama.

Ketua Kampung Teras, dekat Ijok, Abdul Wahab Mat Yatam yang juga Ketua UMNO Cawangan turut hadir dalam lawatan tersebut.

0 comments: