Template by:
Free Blog Templates

19 December 2011

Titi





Kontrektor tempatan yang telah memperolehi tawaran kerja sesabuah projek Kerajaan, diingatkan agar tidak melenggah-lenggahkan perlaksanaanya.

Mereka harus bertindak segera arahan bagi perlaksanaan projek yang telah mereka perolehi bagi menggelakan sebarang kelewatan jadual yang telah ditetapkan.

Saya berkata demikian selepas meninjau projek memperbaiki sebuah Titi di Kampung Teras dekat Ijok, petang tadi.

Sebanyak RM 30,000 telah diluluskan oleh Kerajaan bagi tujuan tersebut, tetapi ia masih belum dimulakan.

Projek berkenaan harus siap sebelulm akhir tahun, tetapi yang membimbangkan ialah cuaca tidak menentu di mana hujan lebat sering turun dan ini boleh menjejaskan perlaksanaan projek berkenaan.

Kontrektor sering merungut bila mereka tidak memperolehi kerja, tetapi bila dipilih, mereka melenggahkannya pula.

Kelewatan memulakan projek tersebut ia bukan sahaja menimbulkan masalah kepada penduduk yang menggunakan titi berkenaan sebagai perhubungan harian mereka, tetapi juga kepada kontrektor berkenaan jika bayaran tidak dapat dibuat mengikut jadual asal.

Titi berkenaan penting kerana ia menjadi lalulan penduduk di situ dan juga petugas di Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kampung Teras, setiap hari.

Turut hadir dalam tinjauan Saya ke projek memperbaiki titi Kampung Teras itu ialah Ketua Kampung Kampung Teras, Abdul Wahab Mat Yatam.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Bila kerajaan hendak memulakan jalan Jelapang-Selama (Kubu Gajah).

Pilihanraya hampir tiba. Tapi projek ini macam indah khabar dari rupa.

Kawasan kita banyak yang merentasi ladang dan hutan simpan. Tidak menjadi masalah besar kerana estet yang besar2 ada orang UMNO jadi pengarahnya kecuali estet dekat Batu Kurau. Bagi kawasan ADUN Kubu Gajah tiada masalah. Maksud saya hingga ke Sungai Krian.

Pinjaman sukuk dari bank sudah bankerapkah?.

Saya pun hairan jalan ini dilambatkan kerana jalan Bagan Datuk ke Cangkat Jering itu sudah pun dibina dengan SEDARI. Masih mahukan jalan baru. Saya pun hairan. Saya selalu balik gunakan jalan Sedari tak sampai 40 minit ke Taiping.

Jalan keretapi Ipoh ke Sitiawan saya rasa tidak begitu ekonomik disebabkan keretapi tanahmelayu sentiasa rugi dan wakil rakyat kawasan ini saya rasa tidak akan menggunakan jalan keretapi ini jika dibandingkan dengan Jelapang-Selama. Sebab itu saya fikir IDR kurang pandai untuk merancang sesuatu. Orang Kubu Gajah saya rasa lebih ramai yang pandai2 dari kakitangan IDR yang ada. Tapi mereka hanya dalam bentuk low-profail di Malayaia tapi terkenal diluar negara.

Saya mohon YMDS mengenalpasti mereka yang pandai2 di ADUN Kubu Gajah untuk diketengahkan supaya projek cepat siap jika menggunakan wang pinjaman Sukuk.

Terima kasih.