Template by:
Free Blog Templates

27 December 2011

Surau



Perbelanjaan projek Kerajaan banyak yang boleh dijimatkan jika masyarakat sentiasa mengutamakan budaya bergotong royong.

Jika projek-projek yang kecil yang boleh dilakukan oleh penduduk dan tidak perlu diserahkan kepada kontrektor, saya rasa banyak yang boleh dipercepatkan.

Justeru, Saya berharap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dapat tampil untuk melaksanakan projek-projek kecil yang tidak perlu diserahkan kepada kontrektor bagi melakukannya.

Saya sempat meninjau pembinaan sebuah bilik air di Surau Sungai Malau Dalam bagi kemudahan penduduk.

Sebanyak RM 3,000 telah disumbangkan bagi perlaksanaan projek tersebut yang dibuat secara gotong royong yang siap dalam masa yang singkat.

Turut hadir ialah Ketua UMNO Cawangan Sungai Malau Dalam, Nordin Abu Hasan yang juga Penyelia Kemas Parlimen Larut.

2 comments:

jebat said...

Salam Takzim,

YBDS,

Maaf. Apa yang saya tulis ini adalah Kenyataan.

Sekarang budaya gotone royong telah PUPUS dari masyarakat kita.

Anonymous said...

YMDS,

Masalah BN kalah dengan DAP ialah isu yang berkaitan dengan duplicating.

Sebagai contoh, orang yang sama jadi ketua kampung dan penyelia kemas seolah2 tiada orang lain di Kampung Sungai Malau yang boleh menjadi Ketua Kampung atau penyelia kemas. Itu sebabnya YMDS harus turun padang menyenaraikan CV mereka di Sungai Malau untuk mengelakkan orang yang sama dapat semuanya termasuklah tanah dll.

Saya terima banyak berita edaran dari DAP menyenaraikan tentang pemimpin BN yang sama memegang jawatan yang banyak hinggakan dibahagi2kan kepada anak2 mereka dan menantu mereka. Cuba YMDS baca buku laporan KLCE. Orang yang sama jadi pengarah banyak syarikat selolah2 orang BN atau Melayu yang lain tak pandai berniaga atau highly educated (perakunan). Kalau Tan Sri jadi Chairman dan Datuk pula jadi pengarah tapi bayak syarikat yang gulung tikar atau pun tak untung bagaimana kita agak mereka ini pandai sangat.

Cuba lihat Idris Yala. Beliau hanya lulus Sosial Sains dari USM tapi lebih rajin dan pendai dari orang kita yang jadi penasihat atau konsultant negeri Perak. Jangan selalu ingat orang perakaunan sahaja yang boleh jadi pengarah syarikat.

Saya lihat MCA ramai lari ke DAP ialah kerana yang berkaitan dengan isu ini, iaitu orang yang sama dapat semuanya. Ada tiga suku juta orang UMNO, dan 61 % orang Melayu. Pilihlah mereka yang disegani oleh orang Cina dan India.

Kami melanjutkan pelajaran untuk mendapatkan beberapa ijazah bukan kerana hendak duit tetapi ialah supaya disegani oleh kaum Cina dan India. Pemimpin UMNO perlu buat homework. Jangan terpedaya sangat kepada mereka yang kaki ampu.

Kalau kita pilih macam Idris Yala barulah orang Cina menghormati Melayu. Kalau tidak sampai bila pun kita lihat mereka seperti perkauman dan tidak menghormati Melayu.

Kesimpulannya pilihlah Melayu yang rajin dan pandai supaya desegani oleh kaum Cina dan India. Jangan pilih Melayu yang tak dapat untung banyak menjadi pengarah syarikat.

Sekian