Template by:
Free Blog Templates

20 December 2011

Bina jalan



Meninjau pembinaan jalan-jalan kampung di Sungai Ara dan Jemerang Setar dalam Dun Kubu Gajah.

Saya telah mendapat peruntukan awal sebanyak rm 15,000 daripada Kerajaan negeri bagi tujuan tersebut.

Projek jalan itu akan memberi kemudahan kepada penduduk berkenaan untuk berurusan.

Ketiadaan jalan tersebut menjejaskan pengguna yang sering bergelut dengan selut apabila hujan lebat.

Saya berharap peruntukan tambahan tahun depan bagi perlaksanaan beberapa lagi projek jalan.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Kami bina jalan tapi menyenangkan lembu Hj. Saad (Kubu Gajah depan Kubur, rumah ketiga) merosakkan tanaman kami.

Sudah beritahu beliau tapi apa boleh buat.

Dulu lembu Encik Rosli. Kemuadian dia tanam kelapa sawit depan Masjid Lembah Keluang dan dia hantar lembunya jalan ke Ijok. Pandai betul orang PAS ini. Masjid tak tinggal.

Beginilah nasib kami sekampung.

YMDS turun padang tak tengok lembu Haji Saad sondol batu nisan Kubur Kubu Gajah.

YMDS turun padang hendaklah gunakan mata untuk melihat sendiri bukan semata-mata dengar cakap JKKK.

Saya minta maaf kerana menggunakan nama anony kerana saya akan menulis nama-nama mereka yang tidak betul (yang buat dosa) dalam laman web YMDS.

Maaf.

Anonymous said...

YMDS,

Banyak peruntukan yang diberikan tapi bagaimana hendak meniktaraf pekan Kubu Gajah dan Ijok seperti janji MB kita.

Jika YMDS dan MB melobi pembangunan yang berteraskan asas tani seperti membina pejabat MPOB, perhilitan, Nenas Negara dll sudah tentu Kubu Gajah dan Ijok naik taraf.

Sacara tradisional kita asyik naik taraf jalan dan masjid. Bagaimana jika kita tumpukan juga naik taraf pekan Ijok dan Kubu Gajah.

Yang saya tahu 2 pekan yang hampir siap ditambah dengan Tapah Road. Nampaknya Kubu Gajah tinggal gading sahaja ditamannya. Nasib baik lembu Hj. Saad tidak ke situ. Kalau tidak gading gajah pun tumbang digesel lembu2 tersebut.

Saya lihat Kolej RISDA di Melaka betul2 dibina di luar bandar.

Bila YMDS hendak bina kolej RISDA di Pondok Tanjung. Buat baiklah dengan Datuk Seri Rahim. Saya lihat Melaka semuanya maju.

Pembangunan banyak sebelah Ijok tapi kawasan (kampung Raja/Kampung Tengah)rumah YMDS di Tebing Tinggi masih menakutkan jika kita berjalan malam. Lampu hanya ada dekat rumah Pak Aji Dollah (Raja Masnun) dan Ketua kampung yang lama, Ketua Kampung AY Kamaruddin dan tok ketua Arshad selain daripada di kawasan strategi mengikut kayu ukur kerajaan.