Template by:
Free Blog Templates

8 December 2011

Sungai Tercemar



Saya turun untuk melihat sendiri petang tadi air Sungai Teras dekat Ijok yang tercemar akibat pembuangan sisa-sisa kayu.

Air sungai berkenaan bertukar menjadi keruh dan menjejaskan penggunaannya. Ikan-Ikan yang sering menjadi rezeki penduduk juga dikatakan menjadi mangsa.

Sebelum ini, air di Lata Panggung juga di Kampung Teras juga tercemar akibat aktiviti mereka yang tidak bertanggungjawab.

Lata itu menjadi tumpuan ramai pengunjung dari dalam dan luar, terutama di hujung minggu dan musim cuti persekolahan, tetapi pada masa berlakunya pencemaran ia akan menyebabkan tiada pengunjung dan ini boleh menjejaskan ekonomi penduduk.

Saya berharap pihak-pihak berkenaan akan mengambl tindakan segera bagi menggelakan pencemaran sungai itu berulang kerana ia bukan sahaja boleh menjejas pendapatan penduduk yang bergantung kepada kerja menangkap ikan, tetapi juga ancaman terdedah kepada jangkitan penyakit.

Jabatan Alam Sekitar juga diseru agar segera membuat siasatan keatas pencemaran tersebut yang dikatakan berpunca daripada aktiviti-aktiviti yang mendorong kepada hakitan tanah dan tebing sungai.

Sekalipun terdapat bekalan air paip dan kesihatan, tetapi masih ada penduduk yang menggunakan air sungai sebagai keperluan mereka.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Kampung Teras, Abdul Wahab Mat Yatam yang juga Ketua UMNO Cawangan.

0 comments: