Template by:
Free Blog Templates

13 December 2011

YBU-Turun Padang








Hasrat mendapatkan sebuah rumah baru bagi menggantikan rumah Ismail bin Cha yang begitu tidak sempurna di Kampung Tebing Tinggi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah, akhirnya tercapai juga.

Terima Kasih kepada Yayasan Bina Upaya (YBU) yang sudi turun melihat sendiri selepas Saya membawa masalah Ismail ini ke pengetahuan Ketua Eksekutifnya, Datul Zainal Omar, pagi tadi.

Datuk Zainal bersama dengan pegawai-pegawainya melihat sendiri kaeadaan nasib Ismail, 45 tahun yang tinggal bersama keluarganya di sebuah rumah kecil yang tidak berbilik di tepi jalan di Kampung Tebing Tinggi.

Saya sendiri amat sedih dan bersimpati dengan keluarga Ismail seramai lima orang tinggal dalam rumah yang bukan sahaja tidak berbilik, serba kekurangan.

Ismail yang bekerja kampung begitu gembira apabila diberitahu yang YBU akan membantu mendirikan sebuah rumah baru.

Rumah YBU kebiasaannya mengandunggi tiga bilik dan lengkah dengan kemudahan lain dengan kos sekitar RM 40,000.

0atuk Zainal juga melawat rumah Mohd Kassim bin Kulup, 58 tahun di Kampung Bagan Bahru dan Rokiah binti Jusoh, 62 tahuin di Kampung Sungai Segar juga dalam DUN Kubu Gajah.

Kassim yang masish bujang dan Rokiah, ibu tunggal begitu berterima kasih kepada YBU kerana akan membantu memperbaiki kedua-dua rumah mereka yang juga uzur.

Sebagai ADUN, Saya juga ingin merakankan ucapan jutaaan Terima Kasih kepada Datuk Omar yang bukan sahaja sudi menghulurkan bantuan, tettapi bermurah hati untuk turun melihat sendiri keadaan nasib mereka yang berkenaan.

Masih ramai lagi sebenarnya yang begitu memerlukan bantuan rumah baru atau memperbaikinya, tetapi dsemuanya itu bergantung kepada keadaan kewangan YBU atau agensi Kerajaan yang lain.

ismail b cha, 45

0 comments: