Template by:
Free Blog Templates

7 December 2011

Jalan Rosak




Masalah jalan rosak yang sering melandan penduduk Ladang Lembah Keluang dekat Kubu Gajah, boleh menarik nafas lega, kerana projek memperbaiki jalan tersebut akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini.

Sebanyak RM 50,000 akan dibelanjakan bagi tujuan memperbaiki jalan tersebut yang sering menjadi rungutan penduduk yang sering rosak akibat pengambilan pasir di sungai berdekatan.

Saya ingin mengucapkan jutaan Terima Kasih kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang telah meluluskan peruntukan tersebut selepas saya mengemukan masalah yang dihadapi dimajukan kepada beliau.

Petang tadi, Saya meninjau keadaan kerosakan di jalan tersebut sekali lagi selepas beberapa kali melakukan lawatan.

Sekalipun, peruntukan telah diperolehi, tetapi tanggungjawab pengurusan Ladang berkenaan dan Syarikat yang terbabit mengambil pasir di situ masih tetap diminat untuk turut sama membantu memperbaiki jalan tersebut kerana keseluruhan jalan itu telah rosak.

Malah, saya turut menerima aduan ada pelajar sekolah yang mengalami kemalangan akibat jalan yang rosak dan berlopak itu.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Tebing Tinggi, Azemi Sabran dan wakil Syarikat yang mengambil pasir di situ.

0 comments: