Template by:
Free Blog Templates

24 November 2009

DUN Kubu Gajah akan diMajukan.


Kubu Gajah, Selasa 24 Nov. 2009 - Ramai yang menyambut baik cadangan Saya agar dibina sebuah Empangan sebagai salah satu usaha mengatasi masalah banjir di DUN Kubu Gajah dan kawasan sekitarnya.

Saya memaklumkan kepada Ketua-Ketua Kampung dan cawangan UMNO di DUN Kubu Gajah dalam satu perjumpaan petang ini bahawa kajian mengenainya sedang dilakukan oleh pakar dan juru perunding.

Malah, projek tadahan hujan jika dibina di Ijok juga boleh dijadikan pusat pelancongan dan ini akan mendatangkan sumber pendapatan dan mempromosi produk tempatan.

Saya mengadakan perjumpaan tersebut bagi mendengar masalah peringkat Kampung, Cawangan dan Masyarakat.

Saya telah meminta supaya Ketua Kampung dan Cawangan menyediakan laporan mengenai kebajikan penduduk termasuk masalah tanggungan termasuk pelajaran anak dan juga Ibu tunggal.


Saya juga telah merujuk senarai E-Kasih yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah unttuk tindakan mereka agar ketua Kampung dan Cawangan turut mengetahui penerima bantuan yang diberikan oleh pihak-pihak tertentu.

Saya juga mengarahkan penubuhan sukarelawan remaja bagi menghadapi banjir di DUN Kubu Gajah, selain meminta laporan setiap mesyuarat JKKK dan program harian, mingguan atau bulanan mereka. Masalah gejala dadah dan jenayah kampung haruslah jugai diberikan perhatian serious.

Perjumpaan yang diadakan di Dewan Serbaguna Bagan Bahru itu akan diadakan dari masa ke semasa bagi mendengar dan mendapatkan pandangan mereka megenai usaha untuk memajukan DUN kubu Gajah.

Besok, Rabu 25 Nov. Saya akan mengadakan perjumpaan yang sama bagi DUN Selama bersama dengan Datuk Haji Mohd Daud Mohd Yusof di Bangunan UMNO Bahagian manakala di DUN Batu Kurau selepas Hari Raya Aidil Adha.

0 comments: