Template by:
Free Blog Templates

11 November 2009

JKKK Agensi Penting Kerajaan

Kubu Gajah, Rabu 11 Nov. 2009 - Terharu bercampur gembira bila melihat begitu ramai Warga Emas yang hadir di majlis Jasamu Tetap di Kenang di Kampung Mesjid, petang semalam.

Program anjuran Ketua-Ketua Kampung sekitar Ijok itu amat Saya hargai dan mengucapkan jutaan terima kasih. Kebanyakan Warga tersebut adalah bekas Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Kira-kira 500 orang yang hadir di majlis yang diadakan di Dewan terbuka Kampung Mesjid. Mereka turut diberikan sijil penghargaan termasuk bekas Ketua-Ketua Kampung Redang, Panjang, Kampung Mesjid, Kampung Teras, Kampung Sangkut dan Kampung Sungei Jernih.

Dalam ucapan, Saya memberitahu bahawa Saya akan selalu mengadakan perjumpaan dengan Ketua-Ketua Kampung untuk mendapatkan maklumat dan maklum balas Kampung mereka.

Mereka yang dilantik menduduki JKKK wajarlah menjalankan segala amanan dan tanggungjawab dengan didikasi dan berhemah tinggi.



Pada masa yang sama Saya berharap Ketua-Ketua Kampung di DUN Kubu Gajah mempunyai data base mereka sendiri setiap aktiviti dan program yang mereka atur dan laksanakan.

Mereka haruslah juga turun ke padang dan memantau masalah kebajikan penduduk. Masih ramai lagi penduduk yang memerlukan bantuan kebajikan, terutama Warga Emas dan OKU.

Saya juga berharap Ketua Kampung dan JKKK sentiasa memantau dan mempunyai maklumat terkini mengenai kegiatan jenayah dan penyalahgunaan dadah di tempat mereka.

JKKK perlu pro-aktif bukan setakat bila diarah baru mereka hendak mengadakan mesyuarat. Saya sendiri akan memantau perjalanan Mesyuarat JKKK dari masa ke semasa dan akan mendapatkan laporan.


2 comments:

Anonymous said...

Salam. YB. Saya amat bersetuju bahawa JKKK harus tahu apa pembangunan di bawah jagaanya. Saya juga ingin tambah bahawa Ketua Cawangan juga ada tugas untuk bersama Pemimpin Kampong menjaga kepentingan rakyat. Sebenarnya pekara ini di maklumkan pada ADUN Selama tapi memandangkan YB ada Blog dan juga selaku Ketua UMNO Bahagian maka saya langsungkan pada YB agar dapat perhatian supaya rakyat dapat di bela dan perangai Ketua UMNO Cawanagan/JKKK dapat di perbaiki. Untuk pengetahuan YB, Ketua Kampong Medan, Selama dan JKKK kampong Medan cuma menjaga diri mereka saja.Cuba YB teliti balik pemberian LEmbu pawah dan pembinaan jalan kampong. Umpamanya Ketua Cawangan bina jalan sampai depan rumah emaknya dan buat jalan ke kandang lembunya sedangkan banyak lagi rakyat yang perlukan jalan tidak di buat. Mereka ini bersekongkol dengan petadbir pejabat daerah agih agihkan jalan luar bandar untuk kepentingan mereka. YB saya amat berharap agar siasat perkara ini dan jika perlu ambil tindakan.
Pemimpin Kampong macam ini yang akan merosakkan perjalanan pertadbiran kerajaan.
Salam YB dan berharap menjalankan tugas sabagai Wakil Rakyat.

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

saya akan mengadakan perjumpaan dengan ketua-ktua umno cawangan dan ketua kampung dalam dun selama pada 18hb nov. ini untuk mndapatkan maklum balas mengenai perjalanan cawangan dan jkkk.