Template by:
Free Blog Templates

11 November 2009

PAC Perak Akan Memanggil Ketua-Ketua Jabatan

Buat pertama kalinya, Saya mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Kewangan (PAC) Negeri di Bangunan SUK, Ipoh sambil mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pengarah Audit Perak, Datin Seri Samsiah Daud.

Hasil daripada taklimat itu, beberapa buah Jabatan dan agensi Kerjaaan di Perak telah dikenalpasti untuk dipanggil. Sebagai permulaan, PAC Negeri akan mengadakan lawatan ke sebuah Jabatan Kerajaan dan mengadakan mesyuarat di sana, sambil memanggil Ketua Jabatan berkenaan untuk mendapatkan laporan.


Jawatankuasa berkenaan antara lain juga bersetuju supaya imej PAC Perak dipertingkatkan termasuk mengadakan program lawatan meninjau Negara yang boleh dicontohi mengenai hal ehwal pengauditan.

PAC Perak juga akan mengadakan perjumpaan dengan PAC Pusat yang diketuai oleh Datuk Seri Azemi Khalid. Saya sendiri telahpun menghubunggi Pihak Pentadbiran Parlimen mengenai perkara tersebut.

Saya berharap laporan Jabatan dan Agensi berkenaan dapat dibereskan sebelum sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) menjelang bulan April yang akan datang.


Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, Zuraidah Arshad juga turut hadir, selain ADUN Manjoi, Datuk Nazeri Ismail dan ADUN Kampung Gajah, Dr Wan Norasyikin.

PAC Negeri juga akan turun ke padang untuk meninjau dengan lebih dekat perjalanan Jabatan dan Agensi Kerajaan di Perak.

Mengenai Kejadian Jambatan Gantung yang runtuh di Kuala Dipang, PAC menunggu laporan Jawatankuasa khas yang dibentuk oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir terlebih dahulu sebelum, mengambil tindakan sewajarnya.

0 comments: