Template by:
Free Blog Templates

7 November 2009

Menyaksikan Majlis Akad Nikah Puteri Boss Lama

Saya dan Keluarga meluangkan masa, menghadiri majlis akad nikah dan perkahwnan anak perempuan boss lama, Tan Sri Ramli Ngah Talin dan isteri, Raja Puan Seri Noora Ashikin binti Raja Abdullah di Kuala Lumpur.

Puteri Azalea binti Tan Sri Ramli dan pasangannya, Alfi Aliza selamat diijabkabulkan oleh bekas Menteri Besar Perak itu sendiri di kediaman beliau di Taman TAR Villa. Ia turut disaksikan oleh kenalan rapat dan saudara mara terdekat, termasuk Datuk Jalil Abdul Majih, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh yang juga adik ipar kepada Raja Noora Ashikin.

Sebaik menerima undangan daripada Tan Sri Ramli dan Isteri, Saya telah mengosongkan segala program dan jadual di kawasan bagi menghadiri majlis yang bersejarah itu. Malam tadi, selepas majlis membatal air sembahyang, kedua-dua pengantin di bawa ke pentas tempat persandingan di perkarangan kediaman Tan Sri Ramli.

Majlis persandingan juga diadakan di salah sebuah Hotel bertaraf lima bintang di Ibu Negara yang turut dihadiri ramai tetamu VIP dan saudara mara.

Puteri Azalea adalah saudara kembar kepada Puteri Yasmin. Ini adalah anak ketiga Tan Sri Ramli dan Puan Seri Raja Noora Ashikin yang melangsungkan perkahwinan. Sebelum ini kedua-dua anak lelaki beliau, Rizal dan Rameel juga telah berkeluarga.

Tan Sri dan Raja Noora Ashiki cukup ceria sepanjang majlis berlangsung kerana itu adalah majlis perkahwinan puteri mereka yang pertama daripada empat orang anak mereka.


Saya juga bersyukur kerana dapat hadir ketiga-tiga majlis perkahwinan anak Tan Sri Ramli. Saya pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politk dan Akhbar beliau lebih 17 tahun, Saya berbangga kerana menjadi satu-satunya Setiausaha Politik paling lama dengan seorang Menteri Besar Perak. Kebetulan kami bersama-sama ke Parlimen selepas Pilihanraya Umum 1990.

Selepas Pilihanraya Umum 2004, beliau dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat. Sebelum itu Tan Sri Ramli adalah Timbalan Menteri Pengangkutan.

Tanah diucapkan kepada Puteri Azalea dan Alfi semoga jodoh mereka berpanjangan hingga ke anak cucu. Tahniah juga kepada Tan Sri Ramli dan Raja Puan Seri Noora Ashiki, semoga menimang lebih ramai cucu selepas ini.

0 comments: