Template by:
Free Blog Templates

28 November 2009

Menghadiri Korban Raya, Kenduri Kahwin dan Pertunangan


Awal pagi tadi, tiba di Jelai untuk menyaksikan majlis korban, sumbangan Persatuan Peladang Kawasan (PPK) Batu kurau. Begitupun, sebaik tiba, lembu yang seharusnya sampai jam 7 pagi masih lagi belum sampai dan Saya telah dijemput oleh Pengerusi Unit PPK Jelai, Adnan Haji Kassim dan Ketua Kampaung Jelai, Mohd Ali Awang Besar untuk bersarapan pagi di bawah sebuah khemah di depan kedai Makan Allahyarham Haji Kassim.

Pada masa yang sama juga, melihat Saya berada di situ, beberapa orang lagi Ketua UMNO Cawangan dan ahli serta penduduk yang melalui jalan tersebut, telah singgah untuk sama bersarapan.

Kira-kira jam 8.45 pagi, Saya telah dihubunggi oleh Pengurus besar PPK Batu Kurau bahawa Lori yang membawa Lembu korban telahpun tiba di belakang Mesjid Jelai. Saya terus ke sana dan meminta urusan penyerahan itu dilakukan oleh Pegawai PPK sendiri.

Sebaik selepsa, Saya beredar. Sambil menunggu majlis penyerahan lembu korban di Kampung Anak Kurau, Saya singgah untuk berjumpa dengan orang ramai di Kampung Perak bersama dengan Ketua Kampung, Zakaria atau Pak Ya. Juga kebetulan berada di situ ialah Ketua UMNO Cawangan Toh Paduka, Zulkifly.

Sebaik diminta supaya majlis penyerahan korban lembu di Kampung Anak Kurau dipercepatkan, Saya terus ke sana dan sedia menunggu ialah Ketua Unit Peladang di situ, Nasuha dan beberapa orang lagi.


Selepas itu, Saya ke majlis kenduri kahwin di Kampung padang lalang, ketika itu masih belum ada tetamu yang hadir kerana masih awal pagi dan tuan rumah serta beberapa orang lagi sedang sibuk masak.

Saya kemudian ke majlis pertunangan anak Mohamed Abdullah di Kampung Bahru, sebelum bertolak ke satu lagi majlis kenduri kahwin di Pantai Besar. Sebaik tiba di Mesjid Kampung Mesjid, Ijok tetamu sedang menikmati jamuan makan korban yang diadakan pada sebelah paginya. Turut hadir ialah Datuk Mohd Daud Yusof, ADUN Selama yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Larut.


Dalam perjalanan untuk menunggu penyerahan lembu-lembu bagi DUN Kubu Gajah, Saya singgah ke satu lagi majlis kenduri kahwin di Bagan Bahru. Saya juga singgah di Rumah Ketua Kampung Teras dan Rumah Ishak di Sungai Lempung yang juga melangsungkan perkahwinan anak mereka.

Di majlis korban di Sungai Ara, ia dilangsungkan di perkarangan rumah Ketua Kampung, Pak Lang Halil Abdullah. Sewaktu tiba, mereka sedang menunggu ketibaan lembu, sambil menjamu buah dokong dan langsat milik dusun penduduk tempatan.

Sebail lembu tiba kira-kira jam 4.15 petang, penyembelihan terus dilakukan. Daging-daging korban kemudian diagih-agihkan kepada penduduk tempatan dan beberapa buah kampung yang berhampiran. Seekor lagi lembu akan dikorbankan pada majlis yang akan dilangsungkan pagi esok di Tebing Tinggi.

0 comments: