Template by:
Free Blog Templates

11 November 2009

Bila Besar Jadi Lawan

Kecil-kecil jadi kawan, bila besar menjadi lawan. Saya amat simpati dengan kebakaran yang berlaku keatas sebuah rumah di Kampung Sungai Seputeh.

Kejadian yang berlaku menyebabkan rumah, Zakaria Shariff terbakat hangus dan beliau bersama isteri, Hamidah Hassan kin tinggal sehelai sepinggang dan terpaksa menumpang rumah saudara mara.

Saya bersama beberapa orang Jawatankuasa UMNO Bahagian Larut telah melawat mangsa dan menyampaikan sedikit sumbangan. Pada ketika, Saya berada di tempat kejadian, cuma isteri Zakria yang sedang berada di bawah khemah bersama saudara mara dan kenalan.



Begitupun, dalam perjalanan keluar, Saya sempat berjumpa dengan Zakaria yang dalam perjalanan pulang dari Selama.

Saya berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah dapat segera membantu menggurangkan bebanan Zakaria. Beliau sendiri tidak tahu punca kebakaran tersebut, namun bersyukur kerana tiada kemalangan berlaku.

0 comments: