Template by:
Free Blog Templates

22 November 2009

Menteri Lupa Sahabat Ketika Sama-Sama Susah

Selalunya kalau Saya berada di Ibu Negara, paling menyelerakan makan tengahari ialah nasi kandar di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Kebetulan Hari ini, ada Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan EXCO FAM di Wisma FAM di Kelana Jaya.

Selepas mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Pahang, Saya teringat hendak makan nasi kandar di tempat biasa dan langsung menghubunggi seorang kenalan yang berkerja dengan sebuah Akhbar tempatan.

Macam biasa, orang terlalu ramai dan kena beratur, mujur kawan Saya tadi telah duduk di salah sebuah meja awal-awal lagi.

Sebaik mengambil makanan Saya menuju ke meja yang telah diduduki oleh kawan Saya tadi. Beliau pula kebetulan, ketika sampai di Restoran berkenaan, telah menemui kenalan lama beliau itu yang kemudian memperkenalkan kepada Saya.

Beliau sengaja menunggu untuk bertemu dengan Saya, sebaik diberitahu oleh rakan Saya yang beliau sedang menunggu Saya datang untuk makan di situ.

Kawan kepada kenalan Saya ini adalah seorang pengusaha Teksi di Bandaraya Kuala Lumpur. Beliau merungut kerana limosin nya hanya boleh masuk ke kawasan KLIA, tetapi tidak boleh ambil penumpang.

Beliau cuba mendapatkan penjelasan daripada Saya kerana beliau tahu yang Saya pernah menjadi Pengerusi Lembagai Pelesanan Pengangkutan Perdagandan (LPKP). Saya memberitahu beliau mengenai dasar yang telah ditetapkan oleh Kemenerian berkenaan, tetapi jiga tidak berpuashati mereka boleh menemui pihak yang berkenaan untujk mendapatkan penjelasan yang lebih mendalam.

Katanya, beliau telah berputus asa mengenai perkara tersebut, malah ketika Saya menegeaskan kenapa tidak bawa sahaja ke pengetahuan Persatuan supaya diambil sesuautu tindakan, beliau hanya tersenyum.

Katanya, nak minta tolong Persatuan, mereka pun sibuk mencari permit. Anehnya dalam bercerita pasal teksi, tiba-tiba kelain perginya. Beliau mengadu kepada Saya ada seorang sahabat beliau yang kini menjadi seorang Menteri Kabinet, tetapi cukup mengecewekan beliau kerana dahulu jumpa siang dan malam, tetapi sekarang, tak usahkan hendak berjumpa hendak jawap telefon pun susah.

Saya cuba mengambil hati beliau dengan mengatakan bahawa Menteri sibuk manalah ada masa, tetapi dia denga nada marah dan geram mengatakan bukan Menteri itu tak kenal beliau, malah sebelum beliau naik dahulu pernah mengatakan jika beliau menjadi Menteri, sahabat itulah yang orang pertama yang ditolong.

Tetatapi itu dulu Datuk Seri, beliau cuba menyakinkan Saya. Katanya lagi jika orang yang macam beliau yang rapat pun tidak dilayani oleh seorang sahabat lama pernah ke hulu ke hilir dan menjaga anak Menteri berkenaan dulu, tetapi sekarang macam kacang sudah lupakan kulit.

Katanya, bukan beliau yang berjanji, tetapi sahabatnya itu. Dengan nada yang penuh kesal, beliau berkata Menteri pun bukan kekal, boleh datang dan pergi. Tetapi, persahabatan kekal selama-lamanya.

Malah, baru-baru ini sebelum ke Tanah Suci, beliau seorang sahaja yang datang berkunjung ke rumah Menteri berkenaan.

Beliau berkata walaupun sahabatnya itu tadi tidak lagi seperti dahulu, teapi beliau tidak berdendam, malah kalau selepas ini beliau digugurkan tidak lagi menjadi Menteri,beliau tetap menjadi sahabatnya.

Saya hendak tahu juga siapa Menteri berkenaan, Beliau hanya sekadar membayangkan bahawa Mentteri itu adalah naik di zaman Pak Lah di suatu Kementerian yang agak senior, tetapi sebaik rombakan kabinet Datuk Seri Mohd Najib, beliau telah ditukarkan ke Kementerian yang agak junior.

Sebeluim beredar, beliau bersimpati dengan beberapa orang Menteri dan Timbalan Menteri yang telah digugurkan. Ada dikalangan mereka seperti kehilangan kawan, barangkali ketika memegang jawatan dahulu, mereka sombong dan lupa diri.

Begitu pun, Saya tetap memujuk beliau supaya bersabar barangkali sahabatnya itu terlalu sibuk. Beliau lantas menjawab, sibuk apa, "Saya di pejabatnya pun kena tunggu lama, pun tak dapat jumpa, tetapi ada orang lain yang boleh masuk begitu sahaja."

Beliau kemudian beredar kerana ada tempahan limosinnya, sambil mengucapkan terima kasih kerana Saya sudi mendengar rintihannya itu.

4 comments:

taipingmali said...

tu belum bab no telefon..masa nak bertanding nombor lain. dah menang nombor lain....DS kalau tahu siapa menteri tu suruh dia buka FB lah..

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

itu sahabat sendiri, bagaimana agaknya kalau orang biasa. saya tahu siapa menteri berkenaan, tetapi biaarlah ia menjadi rahsia.

anis said...

tiba giliran menjadi pilu,
hendaklah pukul habis-habisan;
tiba giliran jadi landasan,
tahan pukulan biat berlalu...

anis said...

tiba giliran menjadi pilu,
hendaklah pukul habis-habisan;
tiba giliran jadi landasan,
tahan pukulan biar berlalu...