Template by:
Free Blog Templates

13 November 2009

Lawatan Sekolah Agama Amat Penting

Kubu Gajah, Jumaat 13 Nov. 2009 - Dalam siri lawatan mengejut yang Saya lakukan di Sekolah di DUN Kubu Gajah, Saya juga tidak ketinggalan berbuat demikian di Sekolah Agama Rakyat.

Selepas meninjau keadaan banjir di Kampung Mesjid, Ijok Saya telah singgah melawat Sekolah Agama di situ. Saya disambut dengan hati yang lapang oleh Guru Besarnya kerana kesediaan Saya melawat sekolah beliau, sambil bertanya khabar dan meninjau keadaan sekolah tersebut.

Banyak masalah yang telah dimaklumkan kepada Saya. Pengurusan sekolah juga telah mengajukan beberapa permohonan bagi menaikan lagi imej sekoleh tersebut. Sebelum ini, Saya telah melawat Sekolah-Sekolah Agama Rakyat Kubu Gajah dan Sungai Limau.

Dua buah lagi Sekolah Agama Rakyat yang tedapat dalam DUN Kubu Gajah ialah di Sungai Jernih dan Felda, Ijok.

Saya berharap lawatan sedemikian akan mengeratkan lagi silaturahim ADUN Kubu Gajah dengan pengursuan Sekoilah bagi sama-sama membantu memajukan pendidikan sekolah berkenaan.

2 comments:

Unknown said...

saya sangat berbangga melihat YB cukup konsisten dalam penulisan maya! Tahniah!

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

terima kasih. saya mengalu-alukan pandangan yang membina.