Kubu Gajah, Selasa, 24 Nov. 2009 - Pagi ini, Saya telah ambil sedikit masa melawat dan menyampaikan sumbangan barang makanan kepada mangsa-mangsa banjir yang terpaksa berpindah di Kampung Tebing Tinggi, baru-baru ini.
Saya juga berkesempatan ke beberapa buah rumah penduduk India dan Cina yang juga terlibat dengan banjir termasuk di Simpang Lembah Keluang. Bagi penduduk-penduduk di Kampung Titi Ijok, majlis diadakan di Surau mereka. Mereka bagaimanapun, tidak berpinda ke pusat pemindahan kerana tinggal di rumah sanak saudara masing-masing.

Ramai juga keluarga yang terlibat dengan banjir yang melanda kawasan DUN Kubu Gajah, tetapi mereka ada yang enggan berpindah kerana bimbang dengan harta benda yang ditinggalkan.
Walaupun, keadaan banjir kembali seperti sediakala, tetapi Saya tetap menasihatkan mereka supaya sentiasa bersedia menghadapia sebarang kemungkinan kerana cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini.
Saya juga melawat projek bekalan air bersih di kampung mesjid yang perlu dibaiki memandangkan ia sudah agak lama dibina.
Bekalan air bersih itu memberi kemudahan air kepada lebih 200 buah rumah di Kampung mesjid dan kawasan sekitarnya dengan bayaran setiap keluarga cuma seringgit.
Saya juga melawat seoang penduduk, Rafaeh Kassim yang tinggal di sebuah pondok atas ikhsan pemilik tanah tersebut. Beliau amat berharap agar dapat bantuan Syarikat Perumahan Negara yang di satu tapak berhampiran.
Saya juga melawat sebuah rumah di Bendang Luas yang sebahagian bangunannya menunggu masa di telan tebing sungai Ijok. Saya menasihatkan Din bin Mat, 76 tahun yang tinggal sendirian supaya berpinda ke kawasan yang lebih selamat.
0 comments:
Post a Comment