Template by:
Free Blog Templates

6 December 2009

Puteri Disaran Proaktif


Saya mengadakan perjumpaan tertutup dengan Ketua-Ketua Puteri UMNO Cawangan dalam Bahagian Larut yang diketuai oleh Azariah Bidin bagi membincangkan usaha kempen menarik ahli dan pengundi baru di kalangan ahli puteri dan remaja.

Selaku Ketua UMNO Bahagian Saya juga turut mendengar masalah dan pandangan yang dibangkitkan oleh Ketua-Ketua Puteri Cawagan termasuk mengenai perlantikan JKKK.

Saya berharap Puteri Bahagian akan terus bergerak aktif dalam kempen menarik seberapa ramai remaja menjadi ahli pergerakan tersebut bagi mendekatkan lagi mereka dengan UMNO.

Saya mengucapkan tahniah diatas program yang telah dijalankan oleh Puteri Bahagian termasuk celek komputer di kalangan pelajar Pusat Pengajian Tinggi dan juga Sekolah Menengah dan Rendah.

Di majlis itu, Saya juga memberi taklimat mengenai isu-isu politik semasa bagi pengetahuan mereka, sambil berharap pergerakan puteri akan terus menjadi jambatan penting UMNO dengan kalangan remaja.

Saya juga minta agar setiap kepimpinan puteri cawangan menyediakan maklumat mengenai kebajikan dan soal pendidikan yang berkaitan dengan remaja di tempat mereka.

Di majlis tersebut Saya juga menyampaikan peralatan sukan bagi aktiviti puteri cawangan.

0 comments: