Hari ini, Saya menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Majlis Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah selaku Presiden FAM. Turut hadir memberi taklimat mengenai perjalanan MSL kepada Ahl-Ahli Jawatankuasa Kewangan ialah Haji Khairy Jamaluddin selaku pengerusinya.
Ini adalah kali kedua mesyuarat jawatankuasa kewangan itu diadakan dalam tempuh tidak sampai dua minggu.
Dalam mesyuarat majlis banyak perkara yang dibincangkan termasuk Skuad Harimau Muda. Selaku Pengerusi Jawatakuasa Pengadil Saya turut membentangkan laporan, selain jawatankuasa pertandingan.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah selaku Presiden FAM. Turut hadir memberi taklimat mengenai perjalanan MSL kepada Ahl-Ahli Jawatankuasa Kewangan ialah Haji Khairy Jamaluddin selaku pengerusinya.
Ini adalah kali kedua mesyuarat jawatankuasa kewangan itu diadakan dalam tempuh tidak sampai dua minggu.
Dalam mesyuarat majlis banyak perkara yang dibincangkan termasuk Skuad Harimau Muda. Selaku Pengerusi Jawatakuasa Pengadil Saya turut membentangkan laporan, selain jawatankuasa pertandingan.
Mesyuarat bersetju dengan cadangan jawatankuasa pengadil agar segala pembayaran elaun pertandingan Pengadil mulai musim akan datang akan diurus oleh Sekretariat Pengadil di Wisma FAM, tidak lagi seperti sebelum ini.
Jika segala-gala berjalan lancar, perlawanan akhir Piala FA dan Malaysia musim akan datang akan dikendalikan oleh Pengadil dari Negara Luar.
6 comments:
Salam YBM Dato',
Apa dah jadi dengan jawatankuasa pengadil? Ada fitness trial pengadil kebangsaan di Ipoh pada 12.12.2009 tapi tak semua dimaklumkan. Lagi pulak tu, siapa yang lulus fitness tu tak perlu lagi ambil ujian tu di lumut dan siapa yang gagal pulak ambil ambil lagi di lumut? Mohon YBM Dato' jelaskan. Mengapa Pengadil yang berada Kelantan, Pahang dan negeri-negeri lain tak diberitahu ..
Terima kasih atas perhatian YBM Dato' atas perkara ini bagi memastikan jawatankuasa YBM Dato' akan dihormati. Saya percaya ramai pihak di luar sana yang sedia membantu YBM Dato'.
Selamat sejahtera YBM Dato',
Sejak kebelakangan ini memang nampak seperti sesuatu yang tidak kena dengan urustadbir Jabatan Pengadil FAM. Apa rasionalnya fitness trial itu diadakan?
Ok, jika itu boleh membantu ke arah peningkatan mutu pengadil, saya amat bersetuju dan menyokong langkah tersebut. Tetapi mengapakah ianya hanya diadakan di zon utara dan tidak bagi zon selatan, timur serta Sabah & Sarawak? Tidakkah ini akan hanya menguntungkan rakan-rakan di zon utara saja?
Apakah dek kerana ramai AJK pengadil berasal dari utara termasuk lah pengerusinya sendiri, maka ujian itu hanya diadakan di Ipoh saja dan tidak di tempat lain?
Perkataan pengadil itu sendiri YBM Dato'... kita perlu implementkan dengan seadil-adilnya. Bagaimana para pemain dan pegawai pasukan mahu mengikhtiraf kita sebagai berlaku adil semasa membuat keputusan dalam padang, sedangkan kita sendiri tidak berlaku adil kepada diri kita sendiri, yakni kepada kumpulan pengadil itu sendiri?
YBM Dato' perlulah sentiasa turun padang melihat dan memantau urustadbir yang nampak sebagai adanya berlaku ketirisan itu.
Ini di copy n paste dari laman sesawang fam
Home > About FAM >Standing Committees > Referee Committees
Referee Committees
Chairman Mohd Nazri Abdullah
Deputy Chairman Dato’ Soh Chin Aun
Members Haji Che Mud Haji Che Mamat
Nik Ahmad Haji Yaakub
Mohamad Adnan Abd. Jamil
Haji Kassim Kadir Bacha
Mohon kerjasama YBM untuk mengambil tindakan segera. Mereka yang telah pergi tidak sepatutnya namanya masih dikekalkan dan gantikanlah dengan nama-nama jawatankuasa yang baru.
Mohon tanya satu lagi, mengapa YBM Datuk Seri gantikan keseluruhan ahli jawatankuasa tersebut? Adakah mereka tu tak punya idea atau mungkin ada faktor-faktor lain?
Bukankah mereka itu pilihan (AJK yang menganggota JK semasa Allahyarham Sauadar NAzri )dapat membantu Datuk Seri dalam merealisasikan harapan pengadil Malaysia
Semoga Datuk Seri dapat membuka minda baru untuk pengadil Malaysia
MENGAPA DAN APA PERLUNYA SETIAP KALI FITNESS TEST PERLU DIADAKAN DI LUMUT PERAK?
DULU FAM MENGAMALKAN SIKAP PERBELANJAAN BERHEMAH... TETAPI DGN LUMUT DIJADIKAN BASE TETAP UNTUK SEMINAR PENGADIL, MAKA KANTUNG FAM SEMESTINYA AKAN BERKURANGAN. TAPI KALAU DPT FREE SEBAB ITU BASE ASKAR, TAK TAU LE.....
Salam YBM DATO,
TLG FIKIR SEBAIK MUNGKIN KENAPA SEMUA AJK PENGADIL LAMA DIBUANG BAGI ITU AJE. ADA KAH MEREKA INI TAK BUAT KERJA OR SELALU MEMBERI TEGURAN YANG BAIK PADA KETUA UNIT PENGADIL.INI YANG BUATKAN KETUA UNIT DAN SU FAM TAK SENANG DUDUK DAN TAKUT DENGAN BAYANG2AN. DUIT FAM BANYAK HABIS KAT REFEREE.SEKADAR UNTUK KEBAIKKAN BERSAMA. FIKIR LA KNAPA TAK DE WAKIL DARI ZON SELATAN ADA KAH MEREKA INI SEMUA TAK PANDAI BUAT KERJA
Sekadar untuk renungan Dato':-
Mengapakah pihak Dato' selaku pengerusi menerima bulat-bulat cadangan Unit pengadil FAM supaya semua bayaran untuk tahun 2010 dibayar oleh FAM (Pengadil perlu membuat tuntutan selepas mengadili sesuatu perlawanan)
Kita sudah hilang kepercayaan kepada individu yang mentadbirkan unit pengadil dan pada mulanya berharap Dato' dapat memperbetulkan keadaan. Tapi dengan situasi terbaru ini, rupa-rupanya harapan kami hancur musnah untuk melihat perobahan.
Cuba Dato' fikir, seseorang pengadil yang pergi bertugas itu terpaksa mengeluarkan perbelanjaan hampr RM370 bagi satu perlawanan (RM100 minyak, RM80 tol, RM140 Hotel, RM50 makan minum) dan bayangkanlah seorang pengadil itu ditugaskan mengadili 4 perlawanan sebulan (RM370x4 =RM1480).
Tidakkah ini akan membebankan kami? Berapa ramai di antara kami yang mempunyai 'modal' untuk mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM1480 sebelum bayaran boleh dibuat oleh FAM.
PAling awal, FAM rasanya, hanya boleh buat bayaran dalam tempoh 3-4 minggu kerana perlu mengikut prosedur dan garis panduan kewangan seperti yang diamalkan oleh mana-mana organisasi apa sekalipun.
Sebenarnya, pasukan yang menjadi punca kepada masalah ini hanya 2-3 pasukan saja, mengapa pasukan yang 'bersih' menjadi korban?
Patutnya, bayaran melalui FAM hanya untuk perlawanan yang melibatkan pasukan haprak tu saja, manakala pasukan yang clean, teruskan seperti mekanisme lama iaitu bayaran dibuat sebaik tamat perlawanan oleh pasukan tuan ruamh.
Ataupun satu cara lain, FAM perlu tegas mengarahkan supaya setiap pasukan membuat bayaran seperti dulu. Mana-mana team yang culas, batalkan penyertaan mereka.
Kepada Dato', sila kaji semula cadangan ini kerana pihak yang membuat cadangan memang tak boleh dibawa berbincang dan cadangan mereka kebiasaannya memang tak boleh pakai punya cadangan.
Post a Comment