Template by:
Free Blog Templates

10 December 2009

Projek PPRT Tidak Berkualiti


Selepas majlis perjumpaan dengan Ketua-Ketua UMNO Cawangan dan Ketua-Ketua Kampung dalam DUN Batu Kurau, Saya bergegas ke Kampung Sungai Manik, batu 20 untuk melihat kedaaan rumah-rumah di bawah projek Rakyat Termiskin (PPRT).

Saya mengambl keputusan untuk melawat projek tersebut selepas mendengar rintihan Ketua Kampung Pondok Tanjung, Abdul Kadir Bin Abdul Rahman mengenai keadaan rumah beliau dan bangunan yang lain pada keseluruhannya.

Saya cukup terkejut dengan kualiti pembinaan rumah-rumah tersebut. Saya akan bangkitkan masalah projek PPRT itu dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) pada 21 Dis. ini.


Dalam tinjauan tadi, juga diberitahu penduduk PPRT di situ, merayu menggunakan tanah yang terbiar di situ untuk bercucuk tanam bagi menambah hasil pendapatan mereka.

Selain masalah banjir, banyak lagi kemudahan yang harus diberikan perhatian di PPRT Sungai Manik.

Dalam lawatan tersebut banyak masalah lain yang dikemukakan termasuk anak mereka yang mendapat tawaran menyambung belajar ke Kolej Politenik Ungku Umar di Ipoh dan memerlukan bantuan, selain kekurangan pelajar untuk pembukaan kelas Agama dan keadaan Surau di situ yang serba kekurangan.

Daripada 36 buah rumah di bawah PPRT, terdapat tiga buah rumah yang didiami oleh rakyat bukan melayu berketurunan Siam.

4 comments:

Tok Pambu said...

walaubagaimana pun PAS tetap mendapat sokongan PADU dari kaum cina dan india.

apalah ada lagi harapan untuk UMNO, MCA sudah nazak
MIC sudah punah
PPP sudah musnah
Gerakan sudah mati.

PRU13 pasti UMNO akan menerima padah.

Anonymous said...

yANG DAPAT PROJEK pprt ITU BUKANKAH DARI uMNO. yANG MEMBEKAL BAHAN UNTUK PROJEK pprT JUGA DARI uMNO - sEMUA DARI UMNO TAK BOLEH PAKAI

Anonymous said...

Nalampabu barua dan mrk yag butahati sptnya boleh pergi jahanam..
tak sedar diri bersengkongkol dgn dap nak hancurkan melayu dan islam. contohnya kursus btn supaya patriotik dan certakan sejarah asall msia dan tnh m'yu dipertikai..kemudian kos dan bil masjid yg dibina k'jaan dap pertikai, pas pulak sokong..dah kemaruk kuasa sgt agaknya, memang pas semakin sesat dan menyesatkan berselindung sebalik jubah dan kopiah, boleh pegi jahanam..tunggulah pru13 sokongan rakyat akan balik kpd umno/bn. Insha Allah.

Anonymous said...

Salam Dato Raja ,

Terima kasih kerna dapat memberi sedikit masa melawat kg PPRT Sg manik ...

1-Ada kah perancangan ekonomi kita ni tak pikir dulu kat mana nak buat Rumah bantuan ni .... ia nya terlalu jauh dengan pekan ?
2-laluan masuk amat sempit ,
3-Tiada lampu jalan ,
4-Lalat yg banyak ... sbb sebelah belakang tu org bela ayam & kambing ( ladang )
5-dah lebih 5 tahun janji nak bg tanah kebun untuk org kat sini berkebun , tapi syarikat luar yg dapat .... (farm kambing )
6- terbaru banjir yg menyebabkan org kampung tak dapat keluar ...
sbb balak d tebang .......