Template by:
Free Blog Templates

8 December 2009

Generasi ke 2 dan ke 3 Felda tiada Rumah

Petang tadi, Saya berjumpa Pengurus Felda Ijok, Razali bin Dan bagi membincangkan satu tapak yang masih kosong di Tanah Rancangan tersebut yang masih kosong untuk pembinaan projek perumahan bagi anak-anak Peneroka yang masih tidak ada tempat tinggal.

Ketua Kampung, Haji Shukur Jaman yang turut hadir bersetuju dengan cadangan Saya supaya diadakan satu majlis dailog dengan peneroka bagi mendapatkan pandangan mengenai projek tersebut. Pengrus bersetuju diadakan pada 18 Disember ini, kerana tarikh itu beliau tidak terikat dengan apa-apa program.

Pengurus Felda bersetuju dengan cadangan Saya itu dan akan mempastikan hasrat tesebut tercapai memandangkan satu masalah besar di Felda Ijok hari ini ialah tempat kediaman bagi generasi kedua dan ketiga yang mana angkanya semakin bertambah.

Saya amat berharap selepas perjumpaan tersebut dan dengan sokongan pengurusan Felda dan Kerajaan Negeri mengenai tapak yang dicadangkan itu, masalah tempat tinggal anak-anak peneroka Felda Ijok yang telah berumahtangga akan dapat diselesaikan.



Saya juga sempat melawat tebing Jambatan konkrit yang baru di bina di Kampung Teras yang terancam dengan hakisan dan membimbangkan penduduk jika Jambatan itu roboh yang boleh menjejaskan perubungan mereka.

Saya difahamkan pihak JPS telah pun di hubungi, tetapi sehingga kini belum ada apa-apa tindakan. Saya sendiri pernah meneguh pihak berkenaan mengenai masalah tebing sungai di DUN Kubu Gajah yang sentiasa terancam dengan tanah runtuh.

Seperti biasa Saya akan singgah di kedai kopi untuk bertemu dengan penduduk sambil bertanya khabar.


3 comments:

Anonymous said...

Salam Datuk,
Terimakasih kerana perihatin atas kebajikan kami warga Felda Ijok. Suka saya menarik perhatian YB Datuk kepada permasalahan infrastruktur di Felda Ijok ini di mana masih terdapat jalan-jalan ke rumah-rumah peneroka yang masih bergelap tanpa pencahayaan lampu eletrik di malam hari walaupun tiang lampunya telah lama dipasang. Sebagai contohnya jalan di Peringkat 2, Felda Ijok. Atas perkara ini dipohonkan kerjasama dan perhatian YB Datuk. Sekian dan terimakasih.

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

insyallah akan kita sama-sama usahakan memajukan felda ijok ini yang merupakan felda tertua di perak. kepimpinan dan pengurusan felda juga amat dihargai.

fandy said...

Salam Dato` Raja...

Pertama sekali sy mengucapkan terima kasih kepada Dato` kerana keprihatinan Dato` mengambil berat terutama tentang masalah tempat tinggal generasi ke-2 dan ke 3 di Felda Ijok ini. Saya juga anak kelahiran Felda Ijok, sy juga mahu tempat kelahiran sy membangun seiring dgn pembangunan negara. Pada 18 Disember ini Dato` akan mengadakan sesi dialog, mybe sy akan turut serta kerana sy berkesempatan pulang ke kampung untuk menziarahi ibubapa sekiranya berkesempatan...di sini sy juga ada cadangan buat Dato` sbg ADUN di kawasan Kubu Gajah ini untuk sama2 membangunkan prasarana dan kemudahan di kawasan dewan undangan negeri Kubu Gajah ini khususnya. Sy mencadangkan agar di bina jalan baru menggantikan jalan sedia ada antara SMK Redang Panjang ke Kg. Yaman, Batu Kurau seperti jalan yg telah dibina antara Pondok Tanjung ke Selama. Ini akan menghubungkan penduduk Ke Batu Kurau dan Bandar Taiping serta destinasi lain. Dari segi masa juga akan menjimatkan penduduk dan warga bandar yang bekerja di kawasan ini seperti guru-guru sekolah dari luar. Disamping itu juga dapat mengatasi masalah banjir yang sering berlaku sekiranya cadangan jalan baru itu mengikut spesifikasi. Keduanya ialah jalan pintas antara simpang Felda Ijok ke arah RTBK ataupun Pondok Tanjung merentasi ladang sawit. Ini adalah cadangan jalan baru yang sy cadangkan kepada Dato` dan juga jalan pintas baru dari RTBK ke arah Bandar Lembah Beriah...Jalan yg sy cadangkan ini juga sebagai contoh seperti yg sedang dibina iaitu Jalan menghubungkan Bandar Lembah Beriah Ke Alor Pongsu. Sekiranya dilihat kawasan-kawasan yang sy sebutkan td sebenarnya adalah dekat antara satu sama lain tetapi terlindung dengan ladang-ladang sawit dan sebagainya. Ini juga dapat membantu penduduk-penduduk ke destinasi dgn lebh cepat dan kos yg menjimatkan. Sebagai contoh, dari Felda Ijok ataupun kawasan sekitarnya, sekiranya hendak ke Bandar Taiping , masa yg diperlukan adalah selama 45 hingga ke 1 jam untuk sampai, begitu juga untuk ke Bukit Merah dan sebagainya. Mungkin dgn pembinaan jalan pintas ini dapat menjimatkan masa kepada 30 minit. Jalan pintas baru ini juga dapat menjimatkan masa dan sebagainya. Sebagai kawasan yang dibangunkan seperti Homestay di kawasan DUN Kubu Gajah juga yg telah diwar-warkan sehingga sy lihat selama homestay popular sehingga ke Kuala Lumpur apabila sy menegur ada seorang lelaki memakai t-shirt Selama Homestay di Kuala Lumpur..Semoga Dato` dapat membawa cadangan ini ke pihak yang lebih atas untuk dinilai....Sy sebagai anak Felda juga berbangga sekiranya Felda yang boleh dikatakan tertua di negeri Perak ini dibangunkan sejajar dgn hasrat Perdana Menteri. Sy juga berhasrat untuk berbakti kepada penduduk di Felda sekiranya ada sokongan dari pihak2 seperti Adun, Ketua Kampung, Pengurus dan sebagainya, sy ingin membantu dari segi kemudahan iaitu membuka sebuah stesen minyak di Felda Ijok. Ini dapat membantu penduduk tempat kelahiran sy membeli minyak mengikut harga dari pam. Kerana sy tahu, mereka yg berniaga minyak petrol di Felda Ijok mengambilkira kos pengangkutan dengan menambah harga syiling kerana jauh untuk mendapatkannya seperti di Stesen Selama untuk dibawa masuk ke Felda...Semoga dgn cadangan sy td dapat Dato` ketengahkan ke pihak-pihak yg sewajarnya...

Sekian, terima kasih...
From: Manager Ghazamuda Services
Bdr Baru Bangi, Selangor