Template by:
Free Blog Templates

20 December 2009

Rumah Rakyat Termiskin Mesti Berkualiti


















Aktiviti di DUN Kubu Gajah Jumaat, Sabtu dan Hari ini termasuk melawat rumah rakyat termiskin yang sedang dibina di Kampung Sungai Jernih dan Jalan berlubang yang amat bahaya dekat Kampung Sangkut dan Redang Panjang, selain tebing runtuh dekat Jemerang Star.

Saya juga menghadiri program pendaftaran pemilih Puteri UMNO bahagian Larut di Kampung Sungai Jernih. Menghadiri majlis kenduri kahwin anak Ketua Kampung Sungai Jernih, Jamaluddin Mat Isa dan di Kampung Mesjid, anak saudara kepada seorang ahli Majlis Daerah Selama, Mohamed bin Abdullah. Menariknya lagi di majlis kenduri tersebut, tetamu dihidangkan dengan masakan ikan keli hasil peliharaan menggunakan kolam jenis kanves.

Menemui Ketua Kampung Felda Ijok, Haji Shukur Haji Jaman dan Pengurus Felda membincangkan beberapa program untuk dilaksanakan di Tanah Rancangan tersebut. Sempat singgah di sebuah gerai di batu 85 untuk bertanya khabar dengan penduduk.

0 comments: