Template by:
Free Blog Templates

5 December 2009

MARA beri bantuan Niaga

Selepas solat Jumaat, Saya minum petang bersama Ketua-Ketua Kampung dan Cawangan di sebuah gerai di Kampung Mesjid Ijok, sambil bertanya khabar dan mendengar masalah semasa. Penghulu Ijok juga kebetulan ada bersama.

Diantara yang perkara yang dibangkitkan ialah mengenai Jambatan Gantung di Kampung Sangkut yang putus yang telah Saya lawat bersama Penghulu dan peruntukan untuk kerja baik pulih telahpun diperolehi. Projek ini harus siap sebelum akhir bulan.

Saya juga mendapatkan maklumat mengenai empat pemohon bantuan kebajikan daripada Ketua Kampung Sunga Jernih dan Kampung Sangkut. Saya juga maklumkan bahawa Saya bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) akan mengakan gerakan rumah ke rumah pada 14 Disember ini, bermula jam 10 pagi.


Kebetulan Saya dimaklumkan bahawa permohonan dua penjaja mendapatkan bantuan MARA di pekan Ijok telahpun tiba semalam dan Saya bersama Penghulu dan Setiasuaha JKKK Kampung Mesjid mengadakan lawatan.

Permohonan mereka telah Saya bangkitkan dalam Mesyuarat Tindakan Daerah LMS baru-baru ini setelah timbul aduan ia agak lewat. Saya mengucapkan Terima Kasih kepada MARA. Namun begitupun, kedua penjaja berkenaan masih menunggu bantuan modal daripada Agensi berkenaan.

Sementara itu, bila diberitahu lebih 100 orang ahli Puteri seluruh Negeri Perak termasuk dari bahagian Larut sedang menghadiri kem di Pusat Latihan Khidmat Negara di Kampung Teras, Ijok dibawah kendalian Anggota EXCO Kerajaan, Datuk Shaarani Mohamed, Saya turut mengunjunggi mereka.

Kursus selama tiga hari itu adalah peringakt awal, ia akan diadakan dari masa ke semasa, menurut kata Ketua Puteri UMNO Perak ketika menerima kunjunggan Saya bersama Ketua Kampung dan Cawangan serta bebebrapa orang Ahli Jawatankuasa bahagian.

0 comments: