Template by:
Free Blog Templates

21 December 2009

BP Pertanian disegerakan

Isu blue print pertanian menjadi antara tajuk perbincangan Mesyuarat Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) hari ini.

Pegawai Daerah LMS, Datuk Mahmud Murshidi yang mempengerusikan mesyuarat tesebut di bilik Gerakan, Pejabat Daerah Taiping, memberi arahan agar Jabatan berkenaan segera bertindak melaksanakan program pertanian di semua DUN dalam Daerah tersebut.

Saya sekali lagi membangkitkan soal pelan induk menaikan taraf Pekan Kubu Gajah dan Mukim Ijok sebagai diantara nadi terpenting dalam DUN Kubu Gajah.

Agensi-agensi Kerajaan yang tidak menggunakan tanah mereka diminta supaya membenarkan Pentadbir Daerah melaksanakan pembangunan bagi menyediakan tapak untuk Pusat Pentadbiran tersebut.

Saya membayangkan hasrat beberapa pengusaha tempatan yang berhasrat membuka kilang mereka di DUN Kubu Gajah jika masalah tapak dapat segera diselesaikan. Selain di Pekan Kubu Gajah, Felda Ijok menjadi tempat pilihan projek tersebut.

Projek tambahan menaikan taraf jalana dari Kubu Gajah ke RTBK dan Pondok Tanjung ke Ulu Sepetang juga dibangkitkan dan JKR berjanji untuk segera malaksanakannya.

Saya juga menggesa JKR supaya mempastikan kerja penyelenggaraan Jalan dibuat mengikut spekfikasi yang telah ditetapkan.

Masalah tebing sungi rebak dan rumah kediaman yang terbabit dengan masalah sungai juga dibangkitkan untuk tindakan JPS termasuk beberapa projek Jambatan yang tidak berikan perhatian mengenai masalah hakisan.

Mengenai masalah bekalan air paip keluarga miskin yang dibangkitkan, Pegawai Daerah akan mendapatkan peruntukan daripada pihak berkenaan bagi dilaksanakana awal tahun hadapan.

0 comments: