Template by:
Free Blog Templates

30 December 2009

Jauhi Fitnah dan Pecah Belah















Ketika meresmikan majlis penutup dan penyampaian hadiah Kemas DUN Kubu Gajah di Padang Das, Saya menyeru agar rakyat luarbandar tidak measa jemu dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak mereka, sekalipun dalam keadaan kesempatan kerana ia adalah harta paling berharga.

Saya juga menyeru agar penduduk menjauhkan diri dari terpedaya dengan kalangan yang sentiasa mahu mencetuskan perpecahan dan menyebarkan fitnah bagi kepentingan diri mereka.

Saya berharap mereka dapat terus menggekalkan budaya bergotong royong dan hidup dalam penuh semangat kemeseraan.

Selain berkelah, Saya juga menyertai program kenduri bubur asyura yang dianjurkan oleh penduduk di Kampung Teras, Ijok, sebelum mempengerusikan mesyuarat Pertubuhan Peladang Kawasan Batu Kurau bagi membincangkang beberpa projek untuk 2010.

Alhamdullilah, PPK Batu Kurau telah memperolehi satu tender bernilai RM 2.7 Juta bagi dijalankan tidak lama lagi.

0 comments: