Template by:
Free Blog Templates

17 December 2009

Meninjau Penduduk Yang Tidak Mampu membiyai kos memasang Paip Air














Sekitar lawatan Saya di DUN Kubu Gajah dan perjumpaan dengan Ketua-Ketua UMNO cawangan dan Ketua Kampung serta Pengerusi Jawatankuasa Mesjid.

Meninjau rumah-rumah keluarga yang tidak mampu membiyai kos pemasangan paip air ke rumah mereka di Kampung Titi Ijok. Terdapat kira-kira 12 keluarga yang terlibat. Seorang daripadanya ialah Wargamas yang agak uzur.

Melawat sebuah rumah mesra rakyat yang te;ah diduduki di situ. Bertanya khabar seorang penduduk yang kebetulan sedang membaik pilih rumahnya. Selain permintaan menambah pemasangan lampu jakan di Kampung Titi Ijok.

Dalam perjumpaan dengan Ketua Kampung, Ketua Cawangan dan Pengerusi Mesjid Saya minta mereka nmenyediakab laporan mengenai aktviti sepanjang tahun. Mengenai isu rumah PPRT Felcra, bantuan atap rumah juga turut dibabangkitkan.

Saya juga melawat sebuah Jambatan putus di Kampung Sangkut yang baru mula diperbaiki selepas memperolehi peruntukan daripada Menteri Besar Perak.

Ketika melalui Jalan raya dekat Redang Panjang Saya melihat kerosakan termasuk lubang besar di tepi tebing jalan yang amat bahaya. Saya difahamkan JKR telah memberi kerja memperbaiki jalan tersebut, tetapi masih lagi rosak.

0 comments: