Template by:
Free Blog Templates

21 December 2009

Meninjau Projek Kerajaan yang belum Siap
















Hari ini Saya meninjau perlaksanaan projek Kerajaan di DUN Kubu Gajah, selepas mesyuarat Tindakan Daerah.

Selepas menjamu selera di Kedai makan seorang Ketua Puteri yang baru memulakan perniagaannya di Jalan Pantai Besar dekat Jerai Betina, Ijok Saya singgah di rumah Ketua UMNO Cawangan Jemerang Setar kerana mendapatkan maklum balas mengenai hakisan sungai di situ.

Kemudian, Saya bermotosikal ke Batu 20 untuk meninjau pemasangan bekalan elektrik di sebuah rumah seorang keluarga miskin. Turut hadir ialah Ketua Kampung batu 20.

Saya juga meninjau projek beberapa buah gerai Majlis Daerah yang sedang dibina di Redang Panjang bersama Ahli Majlis Daerah, Mohamed bin Abdullah dan kontraktor berkenaan yang dijadualkan siap sebelum akhir bulan.

Kemudian, Saya singgah di Pekan Kampung Mesjid berjumpa dengan beberapa orang penduduk, sebelum beredar ke tempat lain.

0 comments: