Template by:
Free Blog Templates

2 December 2009

Adat Resam Penting Dalam Hidup

Di zaman dahlu, tak usahkan hendak berkhatan, menyebut nama "tok Mudim" pun sudah timbul perasaan takut. Kalau boleh rasa hendak lari.

Tetapi, tidak lagi sekarang, ia lebih mudah, kanak-kanak juga tidak lagi rasa takut dan gelisah. Lihat sahaja apa yang berlaku di majlis berkhatan beramai-ramai di Kampung Tebing Tinggi, mereka menunjuk muka selamba sahaja.

Walaupun diusik, tetapi kanak-kanak berkenaan tidak langsung menunjukan rasa takut atau gelisah, malah memberitahu "kenapa lambat lagi ni."

Saya amat tertarik dengan semangat yang ditunjukan oleh keluarga di beberapa kampung di sekitar Tebing Tingg dan Lembah Keluang yang sepakat mengadakan majlis berkhatan di satu tempat.



Menariknya lagi, keluarga berkenaan tidak perlu menghantar anak-anak mereka ke hospital, sebaliknya Pembantu Hospital yang datang melakukan kerja berkhatan itu.

Seperkara lagi, walaupun zaman sudah berubah, tetapi masyarakat kampung tetap tidak mahu merengangkan diri mereka dengan cara dan budaya turun temurun kerana merasakan bahawa peninggalan sejarah itu besar maknanya.

Mereka merasakan walaupun di zaman serba moden ini, tetapi generasi sekarang tidak harus lupkan sejarah budaya dan keseniaan bangsa dan keturunan mereka.

Saya juga melihat usaha mengadakan majlis bersama itu bukan sahaja menjimatkan kos pembiyaan, tetapi juga mengeratkan lagi silaturahim. Ia wajar digalakan terutama di musim cuti sekolah yang panjang ini.

0 comments: