Template by:
Free Blog Templates

1 December 2009

Ada Penduduk Mengambil Risiko Walaupun Keselamatan Terancam


Saya terkejut bila melawa sebuah rumah di Kampung Bendang Luas, Ijok petang tadi yang bangunan dapurnya terancam dengan tebing sungi yang rebak dan membahayakan kerana boleh runtuh pada bila-bila masa.

Saya telah minta supaya tuan rumah, Din bin Mat, 76 tahun yang tinggal sendirian segera berpindah. Urusan itu akan diurus oleh Ketua Kampung, Nor Azman Mokhtar yang juga turut hadir bersama dalam lawatan tersebut.

Saya amat faham dengan kesulitan Din, tetapi demi keselamatan beliau, beliau harus berpindah. Tanah rebak itu mulai disedari petang semalam.

Tidak dinafikan ramai penduduk yang terancam dengan tebing sungai rebak kerana rumah mereka terletak tidak jauh dari sungai berkenaan. Saya akan membincang masalah ini dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah dan juga Jawatankuasa Tanah.


Barangkali mereka yang terancam dengan tebing sungai runtuh itu perlu dipindahkan ke tempat kediaman yang lebih selamat dan pihak berkenaan perlu mencari tapak yang sesuai.

Mengenai bantuan rumah kepada orang miskin oleh beberapa agensi Kerajaan, adalah dikesali kerana mereka terlepas pandang kerana tidak berbincang dengan pihak JKKK. Ada yang layak menerima, tetapi tidak pula memperolehinya. Sebagai contoh masalah yang dihadapi Rafaeh Kassim di Kampung Sangkut yang terpaksa menumpang di sebuah rumah jiran beliau.

Saya berharap agensi yang berkenaan dapat mengkaji semula bantuan rumah itu supaya mereka yang benar-benar memerlukannya tidak tercicir dari senarai.

0 comments: