Template by:
Free Blog Templates

22 December 2009

Puja di bedah di Ipoh

Saya ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang telah mendekatkan lagi hubungan Malaysia-Indonesia melalui tali persahabatan kedua-dua bandaraya berkenaan,

MBI baru-baru ini telah mengharumkan nama Ipoh, terutamanya dan Negeri Perak serta Negara kerana membantu seorang kanak-kanak perempuan warga Indonesia menjalani pembedahan percuma di Ipoh.

Walaupun, MBI tidak terlibat membiyai kos pembedahan, SM Puja Wathi Nyana Silan, 7 tahun, tetapi keperhatinan itu sudah cukup dan harus diberikan pujian.

Puja, telah selamat menjalani pembedahan di Hospital Pantai yang dikendali oleh D Leow Aik Ming. Kos pembedahan itu dianggarkan RM 30,000.

Beliau yang diterbangkan khas bersama keluarganya oleh sebuah Agensi tempatan, Silverfly dijadualkan pulang ke tanahairnya pada 24 Februari ini, Kata Setiausaha MBI,Datuk Rahim Mat Arif.

Masalahan Puja diketahui hanya secara kebetulan oleh serombongan MBI yang diketuai oleh Datuk Bandar Haji Roshidi bin Hashim yang menghadiri Medan Fair bersama-sama Ketua Pegawai Esekutif Hospital Pantai, Dr Dilshaad Ali untuk mempromosikan pelancoangan perubatan di Ibu Negara Sumatera Utara itu.

Puja adalah anak dari sebuah keluarga miskin dan tidak mampu menanggung kos pembedahan tersebut. Sepanjang tempuh beliau berada di Ipoh, penginapan beliau ditanggung oleh Hotel Towe Regency.

Ketibaan Puja ke Ipoh yang ditemani Bapanya, Nyana Silan, 39 tahun dan Ibunya, Magis Wati, 39 tahun seorang surirumah, disambut oleh Pengrusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon turut memuji usaha berkenan..

Pada Saya MBI dan beberapa pihak lain bukan sahaja akan diingati keraana mengharumkan nama Perak dan bandaraya Ipoh, tetapi di kalangan rakyat Indonesia itu sendiri betapa baik hatinya rakyat Negara ini.

Hubungan Malaysia-Indonesia bukan sahaja terjaling keran serumpun, tetapi dengan kebanjiran rakyat Negara jiran itu yang bekerja di sini.

Hubungan persahabatan MBI dengan Kota Medan akan diteruskan, kata Rahim terutama dalam sektor pelancongan yang akan pasti membawa keuntungan kepada kedua-dua buah bandararaya tersebut.

0 comments: