Template by:
Free Blog Templates

23 December 2009

Tanah Pertanian Berkelompok Untuk Rakyat Termiskin











Hari ini, bersama Pegawai dari Pejabat Tanah Selama meninjau kawasan tanah berdekatan dengan Kampung Teras menghala ke sempadanan DUN Kubu Gajah berdekatan sempadan dengan Latar Tebing Tinggi bagi tujuan pertanian secara berkelompok.

Kawasan ini menjadi lebih penting dengan pembinaan projek Jalanraya baru dari Kampung Mesjid melalui Kampung Teras hingga ke sempadan Latar Tebing Tinggi, dekat Ulu Mengkuang.

Projek pertanian berkelompok ini dapat membantu rakyat termiskin untuk meningkatkan taraf hidup mereka, selain pembukaan rancangan tanah secara teratur.

Saya akan membincangkan tujuan tersebut dalam mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah Kecil Selama. Terdapat sekitar 3,000 ekar lebih tanah Kerajaan Negeri di situ yang telah diteroka haram.

Dalam perjalanan ke tapak tanah itu, Saya sempat singgah di mesyuarat JKKK Kampung Teras yang diadakan di D ewan Kampung tersebut.

Saya memberitahu mereka bahawa peruntukan telah diminat untum membaiki Dewan di situ.

Dalam perjumpaan tersebut, ada dikalangan penduduk Kampung Teras bertanyakan soal pecah geran tanah.

Saya juga berjumpa, razak yang kini berkerusi roda menemani isteri dan anak-anak beliau yang masih meneruskan perniagaan menjual makanan di gerai di Pekan Ijok.

0 comments: