Template by:
Free Blog Templates

10 December 2009

Banyak Maklumat Diperolehi dari Ahli Akar Umbi


Hari ini, Saya mengadakan perjumpaan tertutup dengan Ketua-Ketua UMNO Cawangan dan Ketua Kampung dalam DUN Batu Kurau bagi mendengar pandangan mereka dalam hal berkaitan Parti dan juga isu semasa.

DUN Batu Kurau adalah peringkat terakhir dalam siri Saya mengadakan perjumpaan untuk membincang program Parti dan juga mendapatkan pandangan berhubung dengan aktiviti JKKK disemua peringkat. Turut hadir ialah ADUN Batu Kurau, Kapt. (B) Datuk Najmuddin Haji Elias.

Sebelum ini, perjupaan yang serupa telahpun diadakan di DUN Kubu Gajah dan Selama. ADUN Selama, Datuk Haji mohd Daud Mohd Yusof, yang jug Timbalan Ketua UMNO Bahagian juga hadir.

Dengan adanya perjumpaan seperti itu, Saya akan dapat bayak maklumat dalam membuat perancangan program-program diperingkat Bahagian di masa yang akan datang.

Saya menyeru semua ahli UMNO menggelakan diri dari sebarang perbalahan, sebaliknya terus berusaha memperkuatkan Parti di semua peringkat.




Saya juga meminta semua JKKK menyediakan laporan mengenai Penduduk yang masih lagi di tahap kemiskinan dan memerlukan bantuan kebajikan, selain masalah Ibu Tunggal dan keadaan jenayah.

Ketua Kampung dan JKKK wajar tahu dan mengambil tahu penerima bantuan di kalangan anak buah mereka bagi dijadikan rekod untuk memudahkan tindakan mereka dalam mempastikan semua rakyat layak tidak tercicir daripada menerima bantuan Kerajaan.

0 comments: