Template by:
Free Blog Templates

4 December 2009

Rumah Terbabit dengan Tebing Sungai Rebak, Tetapi Enggan Berpindah

Petang tadi, Saya ke Kampung Redang Panjang untuk melihat sebuah rumah kosong sebagai cadangan untuk memindahkan seorang penduduk di Kampung Bendang Luas yang rumahnya terancam dengan tebing sungai yang semakin rebak.

Selasa lalu, Saya telah sendiri keadaan bahagian dapur rumahnya yang terbabit dengan hakisan tebing sungai Ijok dan amat membimbangkan. Perkara itu telahpun dimaklumkan kepada pihak JPS dan JKR kerana beliau tinggal di atas tanah risab kedua-dua Jabatan berkenaan.

Sebelum ke sana Saya telah menghubunggi Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) Zambry Mohamed, bagi mendapatkan apa-apa bantuan yang sesuai, tetapi beliau sedang mengikut kursus.

Kemudian Saya menghubunggi Ketua Kampung Mesjid, Nor Azman Mokhtar, beliau pula tidak berapa sihat maklum sahajalah musim hujan dan sering berlaku banjir di kampung-kampung dibawah tabiran beliau.

Tetapi, bila Saya mencadangkan agar Din dipindahkan ke tempat yang selamat, beliau menyatakan tidak ada tapak yang sesuai. Namun Saya mencadangkan agar ditempatkan semtara di sebuah rumah kosong di kampung yang berhampiran yang kebetulan Saya sendiri ternampak ketika melawat tebing sungai yang rebak di situ.

Saya langsung menghubunggi ketua kampung berkenaan, beliau bersetuju dan terus ke sana untuk bertanyakan kepada tuan rumah berkenaan. Beliau bersama beberapa orang penduduk menunggu kehadiran Saya.

Kata orang langkah kanan, setiba di sana mereka sedang menikmati buah-buah tempatan kerana kebetulan sekarang ini adalah mausim buah-buahan. Sambil itu saya bertanyakan keapda ketua kampung dan beliau menyatakan persetujuan pemilik rumah berkenaan, tetapu cuma semantara.

Saya mengatakan itu pun sudah memadai. Tetapi, agak terkejut bila Azman memberitahu bahawa penduduk berkenaan enggan berpindah kerana beliau hanya tinggal di rumah itu pada siang hari, tetapi pulang tidur di rumah isterinya.

Apa pun Saya cuba memenui beliau, tetapi diberitahu beliau tidak ada kerana bekerja. Selepas berbual dan bertanya khabar dengan penduduk di situ, Saya bersama rakan beredar ke sebuah rumah berhampiran yang juga tinggal berhampiran dengan sungai Ijok, tetapi tidak terancam dengan tebing sungai runtuh.

Kami juga dihidangkan dengan buah-buah tempatan, sebelum berlepas ke pekan Ijok bertemu dengan beberapa orang Ketua Cawangan, sebelum berlepas ke Kampung Gua Petai melalui jalan raya yang sedang di bina di Kampung Teras untuk ke rumah Othman Ismail yang melangsungkan majlis kenduri akad nikah anak perempuannya, bersama beberapa orang Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Cikgu Shamsuddin Ibrahim, Cikgu Osman Ahmad dan Cikgu Abu Samah Aliddin dan Ketua Kampung Kampung Perak, Zakaria atau Pak Ya bersama Azhar Ishak.

Majlis akad nikah berlagsung di Surau Kampung Gua Petai manakala majlis kenduri kahwin anak Othman yang juga Ketua UMNO Cawangan akan diadakan pada 13 Disember ini.

0 comments: