Template by:
Free Blog Templates

30 December 2009

MB Bersikap Terbuka

Saya tertarik dengan saranan dan sikap terbuka Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang mahukan setiap Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) tidak kira samada di peringkat Parlimen, mahupun Dewan Negeri (DUN) dari Negeri Perak bersikap bukan lagi untuk mana-mana parti Komponen tertentu.

Sekarang kita tidak lagi boleh bergerak secara individu mengikut parti umpamanya, hanya UMNO untuk UMNO, MCA untuk MCA dan Gerakan untuk Gerakan atau MIC untuk MIC dan seterusnya parti-parti komponen BN yang lain.

Sebagai sebuah satu bumbung dari mula calon itu bertanding atas tiket BN maka ia akan kekal sebagai wakil BN dan bukan mana-mana parti tertentu.

Dr Zambry mengetuai Ketua-Ketua UMNO Bahagian dan ADUN BN di Perak dalam program turun ke padang yang diadakan di Selinsing bagi Parlimen Bagan Serai.

Wakil-wakil dari parti komponen BN seperti MCA,MIC dan Gerakan juga turut hadir dalam program sehari itu. Kecuali, DUN Alor Ponsgu, kerusi-kerusi BN di Parlimen Bagan Serai dan DUN Selinsing serta Gunung Semangol jatuh ke tangan pembangkang.

Program turun ke padang ini diharap akan mengambalikan balik keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada BN, sebagai parti yang mempunyaia rekod cemerlang mewakili dan membela nasib rakyat.

Ia akan diadakan di seluruh Negeri Perak secara berperingkat-peringkat sebagai menggerakan lagi jentera BN secara bersepadu, menurut kata Sekretarit Pilihanraya UMNO Perak.

Mengenai pembangkang di Perak, BN katanya tidak gentar dengan helah mereka yang kini cuba melakukan apa sahaja untuk menarik perhatian rakyat yang semakin hari semakin yakin dan percayaa kepada BN.

Ketika berucap di satu perhimpunan di Jelai dalam Parlimen Larut, Dr Zambry menarik perhatian ramai apabila mengatakan bahawa jika (KPI) beliau ditentukan oleh Perdana Menteri, Wakil Rakyat BN Perak samada Parlimen atau Dewan Negeri akan ditentukan oleh beliau mengikut kaedah tertentu.

KPI wakil rakyat berdasarkan prestasi mereka memikat hati rakyat dan penentuan calon adalah berdasarkan populariti mereka.

Justeru, kekuatan BNn juga adalah terletak kepada kerja keras wakil-wakil rakyatnya dan mereka mestilah sentiasa berdamping dengan pengundi dan jangan sampai pengundi mulai hilang kepercayaan.

Menteri Besar memuji Parlimen Larut kerana satu-satunya BN di Perak yang menang kesemua empat kerusi yang dipertandingkan dan rekod ini terus dikekalkan hingga pilihanraya umum lalu.

Kejayaan ini sudah pasti dicemburi oleh pembangkang, justeru beliau berharap kekalkan perpaduan dan elakan kepada permusuhan yang mengakibatkan perpecahan.

2 comments:

tabuan said...

Salam dan selamat tahun baru dato

Pekara- perkara ajaib tahun 2009.....
- Wayang Tongkoi MCA masih berterusan
- Drama Tamil MIC & PPP tak kesudahan
- Gerakan masih dalam keranda tapi belum di tanam
- Isa samad masih rendah
- Kerajaan Selangor belum bayar gaji Anwar
- Mat Said masih belum jumpa kambing
- Orang Larut memang tak suka Datuk Hamzah
- Datuk Raja Ahmad sangat suka tangkap gambar
- Kereta sapu masih laku di Batu Kurau
- Dr Rosli masih bawak lari anak dara orang

Ramalan TABUAN 2010
- Nik Ajis semakin meracau
- Husam semakin sasau
- Ada Adun Kelantan Mati Pulak
- Janda Adun Melor tetap lawa

baca lagi tabuans. blogspots.com.......

Selamat tahun baru

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

selamat tahun baru semoga negara terus aman, rakyat sejahtera dan dijauhi daripada fitnah dan perpecahan.