Template by:
Free Blog Templates

14 December 2009

Rungutan Bantuan Kebajikan

Program bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat yang dijadulkan hari ini di Kampung Mesjid, Ijok terpaksa ditangguhkan hingga ke awal tahun depan kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakan.

Program tersebut adalah pusingan kedua. Pusingan pertama telah diadakan di Sungai Ara, Kampung Mesjid dan Tebing Tinggi. Sambutannya cukup menggalakan.

Namun, masih ramai yang memohon, tidak puas hati kerana ditolak tanpa sebab. Saya sendiri menerima aduan daripada beberapa orang penduduk yang merayu agar permohonan mereka itu dipertimbangkan.

Ketika Saya melawat Kampung Redang Panjang, seorang OKU mengadu bantuan bulanan yang beliau terima kununnya akan ditarik balik. Saya telahpun maklumkan kepada pihak pengurusan Felcra.

Saya sendiri juga meminta kepada semua JKKK menyediakan senarai lengkap mengenai penduduk yang memerlukan bantuan kebajikan. Pada masa yang sama mereka juga mengadu tidak tahu penerima-penerima bantuan kebajikan sebelum ini.

Masalah itu, telahpun Saya bangkitkan dalam Mesyuarat Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) dan Pegawai Daerah, Datuk Mahmud Murshidi telah mengarahkan semua Jabatan dan Agensi berkenaan agar memaklumkan setiap pemberian tersebut kepada JKKK.

Saya akan bangkitkan masalah tersebut sekali lagi dalam mesyuarat pada 21 Disember ini.

1 comments:

tabuan said...
This comment has been removed by a blog administrator.