Template by:
Free Blog Templates

25 December 2009

Masuk Kampung Lawat Orang Sakit dan Warga Emas













Alhmdullilah hari ini dapat mengadakan Solat Jumaat Di Mesjid Kampung Mesjid Ijok. Sebelum itu, Saya hadir di majlis kempen daftar pemilih Puteri UMNO Bahagian Larut dan menambah ahli baru yang diadakan di Dewan Komuniti, Pekan Ijok.

Selepas sembahyang Jumaat, Saya melawat seorang penduduk di Kampung Teras yang jatuh sakit selepas satu kemalangan. Beliau bersama isterinya menanggung lima anak.

Hari ini Saya berkelah di rumah Ketua Kampung Perak, Pak Ya di Kampung Padang Lalang dan rumah seorang penduduk yang baru masuk rumah baru di bawah projek Mesra Rakyat di Kampung Sangkut.

Saya juga melawat warga emas di situ sambil bertanya khabar. Saya juga ke rumah Ibu dan Bapa Ketua Puteri Bahagian yang mengadakan majlis kenduri kesyurkuran di Felda, Ijok.

0 comments: