Projek Lebuhraya bertol Jelapang-Batu Kawan dijangka menjadi kenyataan. Ini kerana dua orang wakil Syarikat yang terbabit melaksanakan projek tersebut, menemui Saya hari ini untuk menyatakan majlis pelancaran projek itu hujung bulan ini.
Syarikat telah memilih tarikh 30 sept. ini untuk pelancaran projek itu di Pekan Kubu Gajah, katanya ketika menemui Saya di Pejabat Pusat Khidmat ADUN Kubu Gajah.
Pelancaran itu, katanya bagaimanapun bergantung kepada persetujuan Perdana Meneri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Pada majlis itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir adalah duantara tetamu yang dijangka hadir.
Projek tersebut yang dianggarkan menelan belanja RM2.5 Billion adalah sepanjang 80 kiliomter dan melalui beberapa Pekan Kecil seperti Batu Kurau dan Kubu Gajah.
Porjek ini apabila siap dilaksanakan akan meningkatkan lagi pendapatan penduduk luar bandar dan juga pembangunan tanah.
3 comments:
batu kurau & kubu gajah shj? pekan selama tak lalu ke dato'?
YMDS,
Saya rasa pendapatan tidak berubah kerana masih banyak tanah terbiar disebabkan;
1. Mahal sangat untuk pecah bahagian.
2.Ramai tak ambil kuasa.
3.Masih berkongsi kerana sebahagian rakan kongsi tak ambil peduli kerana mereka anggap makan gaji kerajaan lebih banyak
pendapatan.
4. Tak sampai seekar untuk pecahan bagi pertanian untuk seorang rakan kongsi.
5. Pejabat tanah tidak memantau keadaan.
6. Dll.
Cadangan:
1.Tukarkan pegawai pejabat tanah jika tidak dapat mengutip hasil lebih daripada 60% atas dasar kecemerlangan diutamakan.
2.Tukar ADO/Penghulu jika cukai atas perusahaan tani (sawit dan getah) tidak meningkat dari segi perutusan tambahan tahunan.
3. Jangan swastakan urusan tentang pecah bahagian kerana swasta mahu bayaran lebih 5 ribu $ untuk 2 ekar tanah yang dipecahkan ke 2 bahagian.
4. Diamanahkan ke kerajaan tempatan/kooperasi dalam bentuk saham.
4. KPI wakil rakyat dan DO hendaklah juga berdasarkan perolehan cukai di kawasan masing2.
5. Dll.
Kalau perkara ini tidak diatasi ramai yang miskin akan menjual tanahnya ke mereka yang kaya.
Kalau YMDS tidak percaya cuba tanya ADUN Selama. Beliau dahulu pernah menjadi broker tanah yang terkenal di Selama.
Saya mohon perkara seperti di atas dapat diatasi supaya apabila jalanraya siap hasil pun mulai keluar dan cukai kerjaan akan bertambah.
Sekian untuk perhatian YMDS.
YMDS,
Keretapi Tanah Melayu ambil tanah (ada rumah) abang saya untuk buat jalan keretapi dengan memberi pampasan $400,000.
Kenapa tanah untuk jalan raya pampasannya sedikit.
Sepatutnya kalau jalan tersebut akan diswastakan pampasannya juga agak lumayan (macam KTM jadilah)juga tapi kalau tidak akan diswastakan ramai yang rela tanahnya diambil ikut nilai kerajaan sahaja.
Bila masanya orang kampung nak kaya jika tanah mereka diambil pihak swasta dengan harga belian terlampau murah.
Sekian untuk makluman YMDS
Post a Comment