Template by:
Free Blog Templates

26 September 2010

Jamuan Raya



















Menghadiri dua majlis jamuan Hariraya petang tadi. Pertama di rumah Ketua UMNO Cawangan Kampung Perak, Omar Mokhtar, di Batu Kurau yang cukup meriah termasuk persembahan kugiran daripada Kampung Pantai Besar.

Kemudian, Saya ke rumah Ibubapa Ketua Puteri UMNO Bahagian Larut, Hajjah Sabariah binti Ali Hassan dan Abidin bin Amir Hassan di Rancangan Perkampungan Tersusun Redang Panjang yang turut mengadakan majlis yang sama.

Sabariah adalah juga Timbalan Ketua UMNO Cawangan Redang Panjang dan Ahli Majlis Daerah Selama.

Terima Kasih atas jemputan semoga dirumahkan rezeki.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya harap semua puteri ADUN Kubu Gajah dan Larut pada amnya sudah mendaftarkan diri di SPR.

Di kampung saya ramai juga yang belum berdaftar kerana biro politik kurang aktif. Inilah kelemahan memilih ketua secara undian (demokrasi). Mereka pilih yang retorik tapi bukan yang rajin.

Pengerusi SPR kita juga selalu dipilih daripada mereka yang kurang aktif (tapi aktif dalam bidang lain) dan kreatif supaya 4 juta pemuda dapat didaftarkan sebagai pengundi. Pengurusi SPR hanya pandai menjalankan kerja rutin atau kerja seperti pengurusi yang terdahulu daripada mereka. Tapi tiada pembaharuan.

Boleh tidak YMDS syorkan mereka yang dipilih menjadi Pengurusi SPR hendaklah berbakat seperti CEO (kalau boleh tahu undang2), bukan Tan Sri/Dato yang pandai berlagak sahaja. Maksud saya ialah mereka yang tidak dapat menyelesaikan masalah yang sama sejak saya di bangku sekolah menengah dahulu lagi. Apa yang susah sangat.

Kita sekarang hendaklah berpegang kepada pencapaian didahulukan.

Gula Perak dan Saham Negeri Perak (banyak saya rugi) bankerap kerana ramai kita pilih eksekutifnya (saya tahulah kawan saya yang dipilih terdiri daripada mereka yang pandai berlagak) yang pandai berlagak sahaja tapi tak pandai nak cari untung.

Sekian untuk makluman YMDS.