Template by:
Free Blog Templates

22 September 2010

Raya-Dewan









Penduduk-penduduk Sungai Dendang telah mengemukakan rayuan mereka untuk mendapatkan sebuah Dewan Serbaguna di kampung tersebut.

Rayuan mereka itu telah dikemukan kepada Saya petang tadi di majlis jamuan Hariraya Aidilfitri yang diadakan di rumah Rozita Shamsuddin.

Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak rm 100,000 bagi membina sebuah dewan bru bagi menggantikan dewan lama yang terlalu uzur.

Saya sememangnya menyokong hasrat mereka itu untuk memiliki sebuah dewan serbaguna yang lengkap dengan gelanggang badminton. Rayuan itu telahpun saya panjangkan untuk pertimbangan dan tindakan pihak yang berkenaan.

Majlis jamuan hariraya yang dianjurkan itu cukup meriah yang dihadiri oleh penduduk tempatan termasuk Ketua UMNO Cawangan, Awang bin Harun.

1 comments:

Anonymous said...

Tahniahlah kalau kpg.sg. dendang dapat dewan. Tapi yang saya dapat tahu depa bukan nak dewan untuk mesyuarat. Depa nak dewan serbaguna macam tebing tinggi. Nilah masalahnya sekarang lain yang diminta lain yang dapat. Lepas tu pakai tak dapatlah dewan serbaguna tu. Pemimpin masih cara macam dulu lagi. Kalau tak boleh serbaguna tu jangan bagi lagi tunggu sampai dapat. Saya pun heran wakil rakyat ni berpilih-pilih tempat juga nak bagi projek. Cawangan atau kampung yang okay kat BN depa sambil lewa saja. Ketua cawangan atau ketua kampung yang garang sikit dapat macam2. Bila time mengundi ketua dan anak buah hak senyap tadi buat undi protes dan ketua cawangan/kampung yang riuh pulak anak buah meluat kat dia pasai kira buleh kat dia saja pun protes. Saya juga nak ambil perhatian DS pasai ahli majlis daerah daerah kubu gajah kuota UMNO. Dengar cerita hak ada sekarang akan diganti mulai 1.10.2010 ni walaupun dia dah angkat sumpah hingga 2011. Yang lawak tu pengganti dia yang DS lantik. Orang Kubu Gajah pun dah tak mau, DS pi lantik. Nak bagi orang UMNO kubu Gajah marah ka? Saya walaupun dok di tebing tinggi tapi terasa juga la bila yang DS lantik tu tak kena langsung. Lagipun dia tu dah banyak sangat yang dapat dari UMNO. Sapa tak tau. Dari Sg. Malau pi RTBK sampai sg.dendang semua tau macam mana dia ambik peluang sepenuhnya. Dah la anak dia DS bagi jadi pegawai TEKUN takkan dia pun nak dilantik ahli majlis kot. Pikir-pikirkanlah.
Satu lagi saya pun pelek juga. Pejabat DS tu ada sampai 3 orang pekerja. Bila buat lawatan tak payahlah pi usong semua. Tinggal la sorang kat pejabat. Kadangkala yang rasa kesian juga kat DS. Kerja dah kira pulun tapi percaya sangat dengan ketua kampung/cawangan. Kena buat spot chek sekali-sekala. Pasang akar umbi la.