Template by:
Free Blog Templates

24 September 2010

Sumbangan








Sebagai memenuhi hasrat seorang Nenek, Rosibah binti Hussin, 63 tahun yang tinggal di Kampung Teras, Saya telah menyumbangkan sebuah basikal untuk kegunaan cucuk perempuannya.

Cucunya bongsunya, Nadia Natasha binti Johan, 13 tahun adalah pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Redang Panjang.

Tinggal bersama dengan Nenek tersebut ialah dua lagi cucunya, iaitu kakak dan abang Nadia yang belajar di sekolah yang sama, masiang-masing di tingkatan dua dan empat.

Saya amat bersimpati dengan nenek tersebut yang terpaksa menanggung cucuk-cucuk selepas Ibubapa mereka telah berpisah sejak mereka kecil lagi dan dipelihara oleh Rosibah.

Saya berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Taiping segera membantu meringankan keluarga tersebut.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Teras, Abdul Wahab bin Yatam.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya harap Ketua Kampung dan ahli keluarga yang lain cubalah cari ibu bapa mereka yang kehilangan ibu bapa.

Kalau tidak saya pun hendak bantuan kerana ibu bapa saya hilang sudah lama.

Apa nak jadi orang Melayu kita ni malas sangat nak cari suami yang hilang dan saudara mara yang lain yang jauh.

Saya bersyukur kerana orang tua/sakit di kampung saya tidak "minta sedekah" kepada ADUN, munkin saudara mara mereka amat perihatin.

Cuba buat kajian kampung mana yang selalu minta belas kesihan ADUN kita. Orang kampung kami lagi miskin. Ramai yang kutip buah kelapa sawit hendak hidup. Tapi tak minta belas kesihan ADUN. Barangkali ketua kampung asyik cari mereka yang uzur dan panggil ADUN untuk bantu mereka sahaja.
Kerja lain tak buat ke.

Saya mohon Ketua kampung buat kereja yang yang lain selain melihat mereka yang tua dan uzur.

Lagi satu kalau kita sombong masa muda dulu dan apabilah tua tidak ke masjid maka ramilah masyarakat yang tidak memperdulikan kita semasa kita sakit.

Yang hairan kawan seperjuangan pun tak datang. Apa nak jadi Melayu kita ni.

Terima kasih.