Template by:
Free Blog Templates

24 September 2010

UMNO Perak




Menghadiri mesyuarat perhubungan UMNO Perak di pejabat UMNO negeri di Ipoh malam ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir lebih tertumpu kepada soal perpaduan.

Program kebajikan dan turun ke padang tetap diberikan keutamaan.

Ketua-ketua sayap pemuda, wanita dan putrei turut hadir di mesyuarat tersebut.

2 comments:

Eljay said...

Salam.
Pernahkah YAB Menteri Besar bertanya kepada ketiga-tiga ketua2 bahagian di Ipoh Ia itu Ipoh Barat, Ipoh Timur dan Tambun sama ada mereka pernah duduk semeja berbincang secara serious untuk melakukan sesuatu untuk orang2 melayu di Ipoh ini. Saya pernah bertanya kepada ADUN Manjoi soalan ini. Jawapannya tidak pernah.
Apa sebenarnya perjuangan ketu2 bahagian ini.Bukan kah bersatu itu kukuh. Masih jelas lagi pemimpin diperingkat bahagian tidak berubah style mereka.
Laman web yang ada pun tidsak dimenafaatkan untuk menarik ahli2 yang menjauhkan diri apatah lagi orang melayu amnya.

Anonymous said...

YMDS,

Saya dahulu agak aktif dalam UMNO tapi sekarang hanya menjadi ahli sahaja.

Pengalaman saya sama seperti DS Dr. Mahathit.

Kita tidak bersatu kerana semua fikir yang mereka semua pandai nak jadi pemimpin dan akhirnya saya lihat semua mereka kerja mereka diproksi dan didelagisakan (diwakilkan kepada ketua kampung tang sepatutnya tidak bekerja sebagai ahli politik) sahaja.

Mereka berjuang bukan untuk UMNO, Mereka berjuang bukan untuk ISLAM. Mereka berjuang bukan untuk Barisan dan mungkin juga bukan untuk negara.

TAPI MEREKA NERJUANG UNTUK JADI PEMIMPIN.

Mereka berjuang untuk jadi Perdana Menteri.

Mereka berjuang untuk jadi Ketua Bahagaian dan Ketua Cawangan, Pengurusi, Ahli Lembaga Mqjlis dan mungkin juga nak jadi CEO.

Cadangan saya ialah semua ahli UMNO hendaklah diberikan senarai kriteria pemimpin yang berwibawa supaya mereka tahu pemimpin mana yang ada kreditibiliti untuk dipilih.

Sebelum undian pilihan ketua, perwakilan hendaklah diberikan senarai kerja2 (setahun yang lampau)yang telah diiaksanakan calon yang hendak bertanding.

Ahli UMNO misalnya hendaklah tidak bersetuju tentang Bahasa Inggeris lebih menguntungkan dari Bahasa Melayu jika mereka betul2 memperjuangkan hak Melayu. Biarlah perkara tersebut diperjuangkan oleh mereka yang bukan ahli UMNO. Huruf 'M' pada perkataan UMNO ialah MELAYU. Kalau ada orang memberkatakan tentang MELAYU (termasuklah Bahasa) panggillah mereka ke Jabatan Perdana Menteri untuk menerangkan apa yang dikehendaki UMNO.

Sekian untuk YMDS.