30 September 2010
Tanah
Menghadiri mesyuarat jawatankuasa tanah daerah kecil Selama, pagi tadi.
Mesyuarat yang membincangkan masalah tanah termasuk tanah-tanah yang tukar milik individu.
Mesyuarat yang diadakan di pejabat Ketua penolong Pegawai Daerah Kecil Selama dipengerusikan oleh pegawai Daerah Larut Matang dan Selama, Datuk Mahmud Murshidi.
Mesyuarat itu turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Selama, Haji Yusop dan Adun Selama, Datuk Haji Mohd Daud yusop.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
YMDS,
Jutaan terima kasih atas mesyuarat tentang tanah Selama.
Saya lihat tak ada peta tanah terbiar pun di paparkan di atas meja.
Kalau boleh KPI 'raja tanah' hendaklah disenaraikan supaya Selama menjadi lebih maju. Ia hendaklah disenaraikan mengikut kehendak rakyat.
Kalau boleh adakan visi supaya tanah di kawasan Selama semunya akan mengeluarkan hasil pada 2020.
Pejabat tanah ada misi tapi tidak kuantitatif jadi susah ia hendak diukur dan di mantau.
Misi atau visi yang baik hendaklah di sebut dalam bentuk kuantitatif.
Terima kasih.
YMDS,
Kalau orang pandai komputer ia boleh mencetak salinan pendaftaran hak milik tanah dalam masa 5 minit.
Zaman datuk saya dulu pembantu pejabat mengambil masa 20 minit untuk mencari fail yang mengandungi salinan hak milik (greran tanah).
Dulu kita hanya bayar sedikit sahaja tapi sekarang ni dalam masa 5 minit dapat dikeluarkan salinan tersebut kita perlu bayar 8 kali ganda kos lama. Macam menangguk ikan di air yang keruh nampaknya. Seolah2 mereka tahu berapa tinggi kos bayaran pun tuan tanah sanggup membayarnya kerana mereka sudah terdesak.
Lagi satu tentang cukai tanah yang hendak diselaraskan Saya ingat Johor, Selangor dan P. Pinang hendaklah lebih tinggi nilainya kerana projek kerajaan yang besar-besar akan dimajukan di 3 negeri ini.
Saya pun hairan banyak projek Frderal akan dilaksanakan ialah di negeri PKR dan DAP. Hanya Johor yang kepunyaan UMNO. Rasanya macam ada gila2 sedikit kalau dinaikkan cukai tanah di negeri2 lain. Kalau diturunkan di ketiga2 negeri ni pun saya rasa tak betul kerana mereka dapat kemajuan yang berganda.
Begitulah keadaannya.
YMDS,
Saya rasa Datuk Hj. Mohd Daud tahu tentang masalah tanah di Selama kerana sebelum beliau menjadi kontrektor saya selalu isi minyak di PETRONASnya. Ada banyak kali saya lihat beliau asyik melihat peta tanah di Kawasan Selama.
Cuba tanya beliu (YB) kenapa beliau jual tanah lot 1827, 1828,1829.1830, 1831 dan tanah bersebelah tanah ayahanda YMDS (YMR HJ Omar) di Tebing Tinggi (lebih kurang 40 ekar).
Saya fikir beliau melihat tanah tersebut selalu tenggelam kerana kerajaan tidak merancang untuk mendalamkan peperitan di alor anak sungai yang terdapat di belakang rumah ayahanda YMDS (YMRH Omar).
Tanah sersebut dijual pula kepada Hj. Rejam. Hj. Rejam membeli banyak tanah terbiar lebih 300 ekar.
Tanah terbiar dijual kepada Hj. Rejam kerana kerajaan tidak dapat membina jalan leterite untuk mengeluarkan hasil getah kelapa sawit masyarakat miskin dari pedalaman. Hj. Rejam dapat membina jalan leterite untuk mengeluarkan hasilnya kerana pendapatannya sudah mantap dan dapat membina jalan tersebut tanpa susah payah.
Kerajaan hanya dapat membina jalan di luar bandar untuk kepentingan pembangunan sosial tapi bukan untuk kepentingan ekonomi.
Masyarakat hanya mahukan jalan laterite untuk menyambungkan tanah lot untuk mengeluarkan hasil, disamping yang berturap yang menyambungkan rumah ke rumah
Bulan depan anak buah saya akan menjual tanahnya kerana tidak produktif, selalu tenggelam. Tiap-tiap bulan ada sahaja ahli keluarga saya yang menjual tanah mereka kerana tidak produktif.
Saya rasa adik kepada YMDS pun akan menjual tanahnya (seperenggan dengan tanah YM Raja Mustapha pada satu ketika dahulu) satu hari nanti sebab tidak produktif.
Haji Rejam dan Hj. Osman Kopi sentiasa bertanya tentang tanah2 di situ. Nampaknya habislah tanah orang Melayu yang miskin. Itulah yang akan terjadi di kawasan ADUN Kubu Gajah dalam arus pembangunan MEB di masa akan datang akan tinggal nama saja.
Mereka ini akan menjual tanah mereka dan berhijrah ke Taiping, Ipoh dan Kuala Lumpur dan bertembung dengan masyarakat Cina dan akhirnya semankin ketinggalan dan menyalahkan kaum Cina menyebabkan kemiskinan mereka. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku jika mereka tidak menjual tanah mereka.
Sekian untuk YMDS.
Post a Comment