Template by:
Free Blog Templates

20 September 2010

Tindakan Daerah

Pejabat Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) hari ini menubuhkan sebuah jawatankuasa penyelarasan untuk mempercepatkan perlaksanaan projek menaik taraf Pekan-Pekan Ijok, Batu Kurau dan Terong.

Ia akan diketuai oleh Pegawai Daerah, Datuk Mahmud Murshidi dan dianggotai oleh agensi-agensi penting seperti Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Majlis Daerah Selama (MDS), Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Jabatan Kerja Raya, Tenaga Nasional dan Lembagai Air.

ADUN-ADUN di kawasan terbabit juga akan terlibat dengan Jawatankuasa itu yang diputuskan dalam Mesyuarat Tindakan Daerah LMS pagi tadi.

Menteri Besar Perak, Datuk seri Dr Zambery Abdul Kadir sendiri mahukan ketiga-tiga pekan tersebut dimajukan segera bagi meningkatkan taraf ekonomi penduduk.

PKNP melalui Anak Syarikatnya akan terlibat memajukan Pekan Ijok, Batu Kurau dan Terong. Pada peringkat awal, beberapa buah unit rumah kedai akan dibina mengikut kesesuaian dan kemampuan penduduk tempatan memilkkinya.

Jabatan dan Agensi Kerajaan yang lain yang berkaitan juga akan terlibat secara langsung di bawah pelan induk pekan-pekan berkenaan.

MPT terlubat seara langsung dengan pelan pembangunan di pekan-pekan Batu Kurau dan Terong manakala MDS di Pekan Ijok.

Di mesyuarat itu tadi juga telah dibangkitkan masalah pengangkutan awam di Pekan Ijok dan Batu Kurau, selain isu mengenai ancaman banjir ekoran projek mengorek sungai.

Kerossakan Jalan antara Kampung Teras melalui Pusat Khidmat Negara (PKLN) dengan Ulu Mengkuang juga turut dibangkitkan.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Dulu pernah YAB MB kita cadangkan untuk membangunkan juga KUBU GAJAH selain daripada IJOK.

Barangkali YAB MB hanya beri komen macam ahli lawak dalam filem Hindustan saja kut.

Tak apalah... Kalau semua mereka yang diberikan tanah tapak rumah kampung tersusun membina rumah mereka sudah tentu Kubu Gajah dan Redang Panjang akan bertambah maju jika dilihat dari segi sejarah.

Bedasarkan sejarah lampu bandar di persimpangan 4, lebih cepat maju daripada bandar di persimpangan tiga. Bandar yang tidak ada persimpangan hanya maju jika banyak kemudahan 'FREE' diberikan.

Sebab itu Kubu Gajah lebih cepat maju daripada Tebing Tinggi dan Titi Ijok.

Sekian untuk makluman YMDS.