Template by:
Free Blog Templates

5 September 2010

Puteri-berbuka












Keghairahan berpolitik janganlah sampai menjejaskan perpaduan ummah kerana sebarang perpecahan amat merugikan.


Perpecahan akan membantutkan lagi program untuk Negara mencapai kemajuan dan akhirnya rakyat yang rugi kerana ketinggalan bersaing dengan Negara-Negara membangun yang lain.


Saya berkata demikian di majlis sumbangan Hari Raya Aidil Fitri anjuran Puteri UMNO Bahagian Larut di perkarangan Mesjid Redang Panjang, petang semalam.


Pada majlis itu Yayasan Derina, telah memberi sumbangan kepada penduduk termasuk OKU yang disampaikan oleh Pengerusinya, Rina binti Harun yang juga Ahli EXCO Puteri UMNO Malaysia.


Saya juga turut memuji usaha yang dimainkan oleh Puteri dalam mendampinggi masyarakat serta menjalankan kegiatan kebajikan.


Pada majlis tersebut juga disampaikan sumbangan kepada Mesjid-Mesjid di DUN Kubu Gajah.


Turut hadir di majlis tersebut dan berbuka puasa ialah mantan Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Mohd Ali Mohd Isa, Aida Mohd Noor yang juga Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Derina, Naib Ketua UMNO Bahagian, Mohd Fauzi Kassim, Ketua Puteri Bahagian Lenggong, Rosmawati, Ketua Puteri Bahagian Larut, Azariah Budin dan Ketua-Ketua Kampung.

0 comments: